KUALA TERENGGANU- PAS menyifatkan kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan yang lemah kerana tidak mampu bertindak apa-apa, walaupun berlaku pengintipan oleh kedutaan asing.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata tindakan mengintip yang dilakukan oleh Amerika Syarikat dan Australia ke atas Malaysia atau Negara lain adalah jelas, tidak menghormati hubungan diplomatik antarabangsa.
“Amerika Syarikat dan Australia tidak menghormati hubungan diplomatik dengan Malaysia, jelas…….kegiatan mengintip oleh Amerika Syarikat dan Australia dengan menggunakan kedutaan masing-masing adalah melangar etika diplomatik Antarabangsa,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media yang mendedahkan perkara tersebut dan kerajaan hanya mampu memanggil duta Negara yang terbabit dengan pengintipan.
Berabanding dengan Indonesia, pemerintah Negara tersebut telah bertindak menghalau keluar duta Australia dari Negara itu kerana terlibat dengan aktiviti pengintipan.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Terengganu kesal kerana sehingga ini, kerajaan Malaysia tidak bertindak dengan cepat dan berkesan menangani isu besar yang melibatkan ‘kedaulatan’ Negara itu.
“Kelemahan kerajaan Msia amat ketara sehingga tidak bertindak dengan tegas dan cepat bagi menangani isu besar ini,
“ia melibatkan kedaulatan Negara, kehilangan rahsia dan maklumat Negara yang ‘dicuri’ oleh Negara lain, akibatnya keselamatan rakyat Malaysia terancam,”jelasnya.
Bahkan keta Syed Azman nagara-negara terabit yang menjadikan kedutaan sebagai ‘spy den’ (pusat pengintipan) adalah merupakan suatu tindakan ‘pncerobohan’ yang jahat.
OIeh itu. Beliau menggesa kerajaan mengkaji balik hubungan diplomatik Antara Malaysia dan Amerika Syarikat serta Australia kerana katanya, tidak apa ertinya menjalin hubungan dengan negera yang mengkhianati kerajaan dan rakyat Malaysia.
Semalam, Selasa 26 November, akhbar-akhbar nasional turut mendedahkan penglibatan diplomat Singapura dalam aktiviti pengintipan.
Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Ong Keng Yong, didakwa membantu Amerika Syarikat aktiviti pengintipan di Negara ini.
“Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman masih berlembut dan memanggil Singapura ‘kawan dan jiran yang baik’ sedangkan diplomatnya menjadi tali barut mengintip bagi pihak Amerika Syarikat,
“selepas pencerobohan fizikal oleh orang-orang Filipina di Sabah, kini Ameika Syarikat, Australia dan Singapura menceroboh Negara dengan mengintip rahsia dan maklumat penting,”tegas Syed Azman
Pada Muktamar Kali Ke-59 yang berakhir Ahad lalu, beliau yang mewakili Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar berkata, PAS tegas dengan pendirian mereka dalam isu-isu yang membabitkan soal kemanusiaan termasuk di peringkat antarabangsa.
Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi yang berucap pada sesi penggulungan ucapan dasar menjelaskan penglibatan PAS di peringkat antarabangsa sentiasa berterusan sehingga sekarang.




























