PAS Kawasan Kemaman Tubuh Pasukan ‘Tindak Kecemasan’

2113

KEMAMAN – [Lihat Video] Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Kemaman telah menubuhkan pasukan ‘Tindak Kecemasan’ (Response and Emergency Team) dalam membuat persiapan menghadapi bencana banjir pada musim tengkujuh tahun ini.

Pengerusi Lajnah Haji Zulkifli Mat Yakim berkata, pasukan yang dianggotai oleh tenaga kerja ‘profesional’ itu, bersedia untuk dikerah pada bila-bila masa dan ke mana jua dalam kawasan yang menghadapi sebarang bencana dan malapetaka.

“pasukan ini terdiri daripada penyelam (diver) yang bertauliah, kerja-kerja ‘rescue’ (anggota penyelamat), penyeliaan bot, dan anggota taktikal (termasuk) orang yang dilatih (mampu) melalukan CPR (Cardiopulmonary resuscitation),

“Insya Allah kita akan ada pakej lengkap dengan kemasukan doktor dan pembantu perubatan dan lain-lain yang boleh membantu,”ujarnya ketika ditemui.

Menurutnya, ia melibatkan kumpulan ‘ad-hoc’ dan kumpulan tetap untuk jangka panjang, namun katanya, perancangan prasarana menghadapi bencana banjir adalah sangat penting.

Selain itu, beliau berkata, pasukan ‘Tindak Kecemasan’ itu mengadakan pertautan (engagement) dan mendapat sokongan dari Kelab Radio Amatur Kemaman serta Pasukan Pacuan Empat Roda ‘PAS Kemaman Adventure Team’ (PAKAT) serta Polis DiRaja Malaysia.

“kita juga buat ‘engagement’ dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sebab baru ini Kelab Radio Amatur Kemaman telah membantu PDRM menyediakan alat pengulangan gelombang (repeater),

“dan secara tidak langsung kita telah membuka luas (aktiviti) kebajikan dan kemasyarakatan dengan ‘tambah nilai’ (value added),”jelasnya.

Pasukan tersebut telah membuat tinjauan lapangan ke kampung Air Putih pada Rabu 20 November lalu serta kawasan sekitar yang sering berlaku banjir.

Penubuhan Pasukan ‘Tindak Kecemasan’ itu, menurutnya, memberikan awasan dan maklumat kepada orang ramai bahawa, PAS bukan hanya sebuah parti politik semata-mata, bahkan bergerak sebagai agensi rakyat yang memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

“dengan membuat ‘engagement’ dengan pihak-pihak terbabit, (menunjukkan) kita (PAS) membuat gerakan tiga dalam satu, (bukan sahaja) politik (bahkan) Kebajikan dan kemasyarakat serta pertautan (‘egagement’ dengan komuniti),”tambahnya.