[Lihat Video] Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah mengemukakan ucapan dasar bertajuk ‘Rahmat Untuk Semua’ pada pembukaan Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 yang sedang berlangsung di stadium Melawati Shah Alam
PAS Terengganu menyifatkan ucapan dasar yang dikemukakan oleh Presidennya Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah satu ucapan yang menyeluruh mencakupi semua aspek.
Perwakilan PAS Terengganu yang juga Naib Yang Dipertua PAS Kuala Nerus Ustaz Ridhuan Hashim berkata ucapan tersebut menyentuh isu-isu yang berkait dengan dalaman dan persekitaran PAS.
Katanya, Presiden menekankan soal pengukuhan organisasi pas sebagai sebuah organisasi dakwah dan siasah.
“(ia membicarakan) tentang isu dan penegasan berkait dengan pas sendiri dari sudut pengukuhan jamaah dan organisasi,
“dariapada awal presiden mengingatkan bahawa pas bergerak diatas tiga elemen yang penting berkait dengan dakwah, tarbiyah dan siasah,
“sebagai sebuah gerakan islam dan parti politik bukan sahaja fokus kepada dakwah sahaja tetapi juga memberi tumpuan kepada politik,”jelasnya.
ADUN Teluk Pasu itu berkata tema ucapan dasar ‘rahmat untuk semua’ adalah amat bersesuaian dalam perkembangan semasa dimana pas telah diterima oleh seluruh lapisan masyarakat.
Katanya ia adalah satu sifat islam yang wujud dan yang diperjuangkan oleh PAS.
“tema ‘Rahmat Untuk Semua’ (dikemukakan) ketika PAS diterima oleh seluruh lapisan masyarakat, yang sememangnya itulah sifat Islam yang menjadi ‘maudhuk’ dakwah kepada pas sebagaimana yang ditegaskan dalam ucapan dasar (Presiden),”tegasnya.
Menurutnya ia akan menjadi panduan kepada ahli dan penyokong pas bagi menjelaskan bagaimana gerakan pas ke dalam masyarakat.





























