Muslimat Mahu Lebih ‘Berperanan’

1008

Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, muslimat kini perlu memainkan peranan di posisi ‘jantung’ kepada perjuangan parti kerana peranan muslimat bukan sekadar bersifat sebagai penyeri

“Peranan Muslimat di posisi Jantung Gerakan Islam (PAS) adalah sangat penting, bukan sahaja sebagai individu penyeri atau pelengkap tetapi juga sebagai entiti penggerak utama

“memastikan kejayaan program-program merakyatkan perjuangan,” katanya ketika menyampaikan ucaptama Muktamar Tahunan Muslimat di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah malam Rabu 20 Novembrer

Beliau menegaskan muslimat harus kembali kepada peranan asasnya sebagai pendidik pertama di dalam institusi keluarga

Pada masa sama, kata beliau, muslimat tidak harus mengenepikan peranan mereka sebagai pemimpin di kalangan golongan wanita.

Dalam konteks pekerjaan dan kehidupan bermasyarakat serta bernegara, katanya, muslimat perlu menjadi contoh dan bertindak sebagai agen perubahan.

“Dalam suasana masyarakat yang memerlukan ikon sebagai tanda aras, Muslimat yang terlibat dalam gerak kerja dakwah di setiap peringkat sebolehnya menjadi ikon dalam konteks masing-masing.”

tmp_IMG-20131120-WA0023-538232827“Ini kerana akhlak yang ditunjukkan, keperibadian yang ditonjolkan, kebolehan yang dipamerkan dan pengorbanan yang diberikan, semuanya itu adalah pencetus kepada kesedaran sahabat-sahabat seperjuangan yang lain,” katanya.

Namun begitu, menurut beliau, selaku petugas gerakan Islam dan parti politik, muslimat perlu memikul tanggungjawab besar iaitu mendekatkan orang Melayu kepada Islam.

Oleh itu, untuk muslimat terlebih dahulu perlu bijak menangani dakyah Umno yang bukan sahaja menjauhkan bukan Melayu daripada PAS malah Umno juga menjauhkan orang Melayu daripada Islam.

“Sekarang tugas kita para Muslimat (dalam dakwah an politik) hanya tinggal satu iaitu mendekatkan semula orang Melayu kepada Islam.

“PAS perlukan orang Umno untuk berhijrah kepada PAS. Kita perlu menangani dakyah Umno di peringkat akar umbi khususnya kalangan masyarakat Melayu,” katanya