Pemimpin reformis memberi amaran kepada al-Sisi ketua tentera Mesir supaya tidak bertanding jawatan presiden dalam pilihan raya yang dijangka tahun depan.
Abdel-Moneim Abolfotoh berkata, Al-Sisi tidak perlu mencalonkan dirinya kerana tindakan itu boleh menghalang kepada peralihan demokrasi di negara itu.
“Beliau tidak boleh dicalonkan dan tidak perlu bertanding. Jika Al Sisi bertanding maka imej ketenteraan akan semakin tercalar kerana selama ini mereka disifatkan sebagai pengkhianat negara,” katanya pada laporan Al Arabiyah.
Menurut bekas pengikut Ikwanul Muslimin (IM) itu, sekiranya Al Sisi bertanding beliau gagal memulihkan imej ketenteraan dan demokrasi selepas penyingkiran Presiden Mohamed Mursi pada 3 Julai lalu.
Abdel-Moneim adalah salah seorang pemimpin kanan IM pada 1970-an, beliau bagaimanapun meninggalkan kumpulan itu pada 2011 namun terus menyokong pergerakan tersebut ketika pilihan raya tahun lalu yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada Mursi.
Baru-baru ini, pelbagai spekulasi ditimbulkan media tempatan apabila melaporkan, Al Sisi bakal bertanding dalam pilihan raya yang dijadualkan Februari tahun depan




























