Dengarlah Keluhan Si Perempuan Penoreh Getah……….

4236

SETIU – [Lihat Video] Nora binti Abdul Rahman, seorang penoreh muslimat (perempuan) berkata, hasil getah yang ditoreh, apabila dapat terpaksa di bahagi dua samada RM600 atau RM700 seorang, bergantung kepada harga getah dipasaran.

“Pagi….. malam pergi toreh, malam pergi menoreh. Malam-malam (saya) ajak lah anak tingkatan tiga menoreh. Mujur anak tak payah untuk ‘berbahasa’,

“(saya ajak) mari kita turun menoreh….dia turun (membantu), sekejap sahaja….. dalam pukul 11 malam habislah (menorah),” ujarnya.

Beliau berkata, kalau hanya menoreh pada siang hari sahaja, pendapatan yang diperolehi tidak mencukupi kerana harga getah yang murah sekarang.

Katanya, waktu harga mahal RM7 atau RM8 sekilogram dahulu, beliau dapat juga menyimpan sedikit wang di dalam bank.

Tetapi sejakharga getah turun, beliau langsung tidak dapat menyimpan kerana semua wang terpaksa dibelanjakan.

“Kalau (harga getah) RM7 (atau) RM8 (sekilogram dulu) duit boleh simpan. Selepas harga turun RM3 hingga RM4 macam sekarang ini lima sen pun tak boleh simpan,kalau dah setahun (harga getah murah) setahunlah tak dapat menyimpan,”jelasnya

Ditambah lagi dengan harga barangan dan perkhjidmatan yang semakin mahal, air dan elektrik yang meningkat menambah ‘kesempitan’dalam hidup Nora sekeluarga.

“ikan sekilo pun tak cukup sekarang.ikan selayang sekarang pun harga RM8, harga bawang pun naik, (bil) air pun (antara) RM80 hingga RM90………… nak kurangkan tak boleh,

“abihhhh reng………kita dengan boleh ‘pitih’ (pendapatan) le ni (sekarang ni), tak cukup, walaupun seminggu menoreh (boleh) dapat (sehingga) RM2,000,”keluhnya.

Kos sara hidup semakin tinggi ditambah dengan jumlah anak-anakyang ramai yang masih bersekolah dan belajar di institusi pengajian tinggi.

Sekiranya, anak-anak bercuti dan ada di rumah perbelanjaan harian bertambah,sebaliknya kata beliau,sekiranya anak-anak berada di pusat pengajian masing-masing, keadaan tidak juga melegakan kerana masing-masing kerap menelefon dan meminta belanja.

“Cukup makan je……… dengan anak sekolah ramai, (kalau ada dirumah waktu cuti) dengan air manis, air manis dua puluh empat jam minum,

“barang mahal. beras ……. Susu…….gula (guna) dua kilo sehari, susu dua tin, beras sekampit tahan tiga hari.

“Kalau anak tak ada dirumah, anak minta duit……..hello Mi, nak duit, hello mi nak duit, hok (duduk) di Pulau Pinang nak duit, hok kolej minta duit. Nak cari mana?,”soal Nora bercampur keluhan.

Musim tengkujuh tiba pada bukan November dan Disember sepertisekarang ini akan menyukarkan lagi para petani, penternak dan nelayan.

Petani, tidakdapat ke kebun, penoreh tidak boleh menoreh, penternak menghadapi risiko banjir dan penyakit kepada binatang ternak dan nelayan tidak dapat turun menangkap ikan ke laut

Musim tengkujuh menambah keresahan dan kesusahan di kampun-kampung apabila ‘mat dadah’ dan ‘mat gian’ berlegar keliling kampung!

Berita terkait sebelum ini;

Dengarlah Keluhan Petani……..Sipenoreh Getah

Dengarlah keluhan Pak Tani