Keraian Berganda Warga Chukai; Khatan Perdana dan Kesyukuran PRK Sungai Limau

1213

KEMAMAN [Lihat Video] – Seramai 87 orang kanak – kanak menjadi peserta bagi Program Khatan Perdana 2013 yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) PAS Chukai.

ADUN Chukai HajI Hanafiah Mat berkata, setiap peserta hanya membayar kos RM50 sahaja dari bayaran khidmat sebanyak RM70 yang dijelaskan kepada doktor.

“mereka dikenakan bayaran sebanyak RM50, subsidi RM20 ditaggung oleh PAS Chukai, dimana kita bayaran (khidmat) kepada doktor ialah RM70 seorang,”ujarnya

KHATAN CHUKAI3Katanya, para peserta juga diraikan dengan mengikuti rombongan ‘treler’ mengelilingi Bandar Chukai dan melalui beberapa kampong sebelum dimandika dengan pancutan air oleh pihak Bomba dan Penyelamat.

“mereka (turut diraikan) dengan diberi untuk sama-sama melihat pertunjukan (pencak) silat Jenata oleh pesilat daripada kampong Mak Dagang dan kemudian, sebelum mereka dimandikan oleh bomba,”katanya yang ditemui di Majlis tersebut di Surau Haji Muda Geliga pada Sabtu 16 November.

Hanafiah yang juga Penolog Setiausaha PAS Terengganu merasa sikacita melihat anak-anak yang akan bakal dikhatankan itu bergembira.

Katanya, ia adalah pengalaman pertama dan sekali dalam hidup mereka dan keapad setiap lelaki yag beragama Islam.

KHATAN CHUKAI2Seramai enam kumpulan petugas perubatan yag diketua oleh para doktor mengkhatankan para peserta bermula pada jam 9.00 pagi.

Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepa semua pihak yang menjayakan program tahunan MTD Chukai itu.

“Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua para doktor, ibubapa, orang-orang perseorangan dan semua sekali yang hadir memberi sokongan dan dokongan,

“sama ada dengan (sokongan) material, idea-idea sumbangan dan seumpamanya bagi memastikan majlis pagi ini berjalan dengan lancar dan baik,”katanya.

Pada sebelah tengah harinya pula, hampir 4,000 orang warga DUN Chukai dijamu dengan jamuan makan kesykuran sempena meraika kemenangan PAS dalam PRK Sungai Limau.

Tiga ekor lembu disembelih untu tujuan tersebut yag juga disumbagkan oleh para dermawan dan orag ramai yang baersama-sama mensyukuri kemenangan PAS diawal tahun baru hijrah 1435.