MARANG – Jamaah masjid Pengadang Baru ‘riuh’ sebaik usai solat Jumat semalam, 15 November apabila seorang lelaki yang turut menunaikan solat, diberkas. [Lihat Video]
Lelaki tersebut yang dilihat begitu sopan, memakai baju melayu serta songkok hitam ditangkap seusai solat, kerana mencuri duit dari tabung kutipan hari Jumaat.
‘Pencuri’ itu mengaku beliau berasal dari Seberang Takir dan merayu supaya ‘dilepaskan’ dan tidak diapa-apakan.
Katanya, beliau tidak mempunyai pekerjaan dan memberi alas an ‘anak-anak’ sebab mengapa beliau mencuri wang tersebut.
Pihak pengurusan masjid yang Dilaporkan mengambil perjalanan namun tidak pasti samada lelaki Itu diserahkan kepada pihak polis atau tidak.





























