Presiden PAS Terima Kunjungan Wakil-Wakil Antarabangsa

1167

MARANG – Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah menerima kunjungan dua orang tetamu yang mewakili umat Islam Indonesia dan umat Islam Iraq, dirumahnya di Rusila dekat sini semalam khamis 7 oktober.

Tetamu istimewa yang pertama adalah Bapak Suripto Said [gambar atas] yang menziarahi Presiden PAS selaku wakil dari Partai Keadilan Sejantera (PKS) Indonesia.

Bapak Suripto adalah mantan staf kepala Badan Koordinasi Intelijen Negara Indonesia (BAKIN) dan dilaporkan antara tokoh yang mengasaskan PKS Indonesia.

Menurut catatan beberapa laman maklumat Indonesia, pada asalnya, Suripto ditugaskan sebagai intelijen oleh BAKIN untuk mendekati mahasiswa dalam usaha menyatukan kelompok di menara gading itu dengan ‘kaedah’ tarbiyah.

Beliau sendiri yang merupakan bekas aktivitis sosialis turut meletakkan dirinya sebagai ‘pelajar agama’, yang akhirnya gerakan mahasiswa telah berkembang menjadi PKS.

suripto2Menurut Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi Bapak Suripto juga adalah Ketua Urusan Antarabangsa PKS Indonesia.

Khalil yang juga putera kepada Ustaz Abdul Hadi turut sama dalam pertemuan tersebut berkata pertemuan tersebut berlansung selama kira-kira dua jam.

“Tuan Guru (Presiden PAS) menerima kunjungan ziarah Bapak Suprito Said, Ketua Urusan Antarabangsa Partai Keadilan Sejahtera (PKS) Indonesia,

“mereka bertukar-tukar pandangan berkait isu-isu semasa serantau dan antarabangsa khususnya isu timur tengah,”jelas khalil ketika dihubungi.

Bapak Suripto turut membuat kunjungan ringkas ke pejabat Perhubungan PAS Negeri Terengganu di taman Seri Intan, Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu.

Kehadirannya disambut oleh Penolong Setiausaha Agong PAS Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Timbalan Pesuruhjaya III Dr Alias Razak dan Bendahari, M.Shukrimun Shamsuddin.

Seorang lagi tetamu yang mengunjungi Presiden PAS adalah Mr Walid Abdul Hafiz Yusu yang mewakili umat Islam Iraq.

Walid membawa hasrat saudara seIslam dari Iraq memohon bantuan dari umat Islam Malaysia bagi membantu saudara-saudara di Iraq yang masih menghadapi konflik.

tmp_IMG-20131107-WA0031-1263624149Menurut Walid, kesan dari pertelingkahan yang berpanjangan di bumi Iraq itu kini terdapat lebih 5 juta anak yatim dan lebih 2.5 juta balu, yang memerlukan bantuan untuk kehidupan sseharian.

Turut sama dalam petemuan dengan wakil Iraq itu adalah Presiden Yayasan Amal Malaysia, Haji Hussin Ismail.

Menurut Ustaz Khalil, Presiden PAS akan menyerahkan sumbangan secara rasmi kepada wakil umat Islam itu di Kuala Lumpur pada esok 9 November di Pejabat Agong PAS, Kuala Lumpur.

Kepada pihak yang ingin menyampaikan sumbangan, diminta menghubungi Ustaz Muhammad Khalil sendiri atau pihak pejabat Agong PAS.