Pihak berkuasa Hamas pada Jumaat mengeluarkan satu video seorang lelaki Palestin yang “mengaku” bahawa dia adalah sebahagian daripada perancangan (plot) untuk menghasut kekacauan dan huru-hara di Semenanjung Gaza.
Pengakuan itu berikutan pihak keselamatan Hamas menahan beberapa rakyat Palestin kerana disyakki terlibat dengan yang kumpulan Tamarod, pemberontakan ala Kudeta Mesir.
Kumpulan itu telah berikrar untuk menumbangkan rejim Hamas dengan cara yang sama sebagaimana ‘Tamaod’ menggulingkan Presiden Mohamed Morsi.
Lelaki itu mendakwa bahawa rejim Israel, Pihak Berkuasa Palestin ( PA – Fatah) dan dan beberapa negara Arab di belakang plot yang cuba mengganggu gugat keselamatan Gaza.
Bagaimana pun beliau tidak menamakan negara-negara Arab tersebut.
Plot itu, katanya, membayangkan cuba mengembalikan penguasaan Fatah ke Semenanjung Gaza dan melantik Muhammad Dahlan sebagai Perdana Menteri Gaza.
Namun pada Sabtu, Dahlan, bekas komander keselamatan Fatah di Semenanjung Gaza, menafikan dakwaan itu, sebaliknya berkata Hamas tidak dapat menghadapi sedang kemarahan yang semakin meningkat terhadap pemerintahannya di Gaza.
“Saya difahamkan bahawa matlamatnya adalah untuk mengadakan rampasan kuasa [terhadap] Hamas,” lelaki dalam video itu berkata, sambil menambah bahawa pegawai PA (Fatah) dari Pasukan Pencegahan Keselamatan telah bertemu dengannya di Semenanjung Gaza.
“Saya diberitahu bahawa darah akan sampai ke pergelangan kaki di Semenanjung Gaza,” kata lelaki tersebut yang dilindungi identitinya.
Menurut pengakuan lelaki itu lagi, pegawai keselamtan PA yang bertemu dengannya di Semenanjung Gaza memberitahunya bahawa misi menggulingkan Hamas perlu diselesaikan dalam tempoh enam bulan.
“Mereka mengarahkan saya untuk membentuk sel-sel di selatan Semenanjung Gaza, mereka memberitahu saya bahawa mereka mempunyai kumpulan mereka sendiri dan senjata yang cukup di utara Semenanjung Gaza dan bahawa mereka bersedia untuk menamatkan ketidakadilan Hamas.
“Mereka juga berkata bahawa mereka mempunyai wang yang banyak.”ujar lelaki terbabit [Lihat Video]
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Hamas, Islam Shahwan [Gambar atas] berkata, lelaki itu adalah sebahagian daripada sekumpulan “unsur-unsur mencurigakan” yang bermatlamat untuk melemahkan gerakan Islam.





























