KEMAMAN – Sebaik dilantik sebagai ‘penyambung’ usaha Ketua sebelumnya Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, Ketua Pemuda PAS Kemaman Ustaz Ramlan Mahmood sudah mengorak langkah ‘panjang’, dijemput sebagai perasmi Mesyuarat Agung Pemuda PAS Kawasan Kuantan kali ke-29 pada hari ini.


Katanya, beliau mula menyertai kepimpinan Pemuda PAS Kemaman pada tahun 2007 sebagai Ahli Jawatakuasa selama sepenggal (dua tahun), sebelum dilantik menjadi menjadi Setiausaha selama dua penggal dari tahun 2009 hingga 2013
Sebelum itu beliau mendalami pengajian Islam ke negara Syria slepas menamatkan pengajian peringkat Sanawi di Ma’ahad Darul Quran Rusila.
Ustaz Ramlan memperolehi Diploma Bahasa Arab dari Institut Bahasa Arab Damsyik dan kemudian menyambung ke peringkat IjazahSarjana Muda Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Institut Pengajian Fatah Islami di ‘negeri Syam’ itu.
Mesyuarat Agung Pemuda PAS Kawasan Kemaman pada Sabtu lalu, 7 September menjadi sejarah apabila lebih 100 perwakilan memilihnya sebagai Ketua Pemuda yang baru menggantikan Ustaz Hishamuddin yang meneruskan perjuangan di kawasan Kuala Nerus.


“Saya akan meneruskan kesinambungan visi Pemuda PAS Malaysia ke arah melahirkan pemuda wibawa memimpin perubahan dengan berusaha menjadikan jentera pemuda di setiap cawangan sebagai ejen perubahan kepada masyarakat.
” program kebajikan masyarakat akan di utamakan (dan) memperkasakan gerakkerja pemuda ke arah profesional dan intelek, disamping mencorak perubahan dan membentuk halatuju anak muda ke arah sokongan padu kepada PAS dan Pakatan Rakyat,”ujarnya yakin.
Beliau mengharapkan kerjasama semua pihak, termasuk PAS di Majlis-majlis Tindakan Dun dan PAS Kawasan Kemaman bagi merealisasikan impian pemuda Kemaman melihat PAS mengukir kembali sejarah kegemilangan pada tahun 1999.



























