KUALA NERUS – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim telah dipilih sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Nerus dalam Mesyuarat Agung Kali ke-35 yang diadakan di masjid Taqwa di sini semalam, Jumaat 6 September.
Beliau yang juga mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman antara calon Ahli Jawatankuasa Pemuda Kuala Nerus yang mendapat undi terbanyak para perwakilan dan kemudiannya diputus sebulat suara melalui pemilihan secara syura.


Ustaz Mohd Nor mengucapkan tanhiah kepada ketua-ketua pemuda yang baru dipilih dan mengucapkan terima kasih kepada mereka-mereka yang telah menyumbangkan baktu kepada Dewan Pemuda.
“Saya mengucap syabas kepada ketua-ketua yang baru dilantik dan mengucapkan terima kasih kepada mantan ketua-ketua pemuda yang telah menggerakkan pemuda (sebelum ini) dengan cemerlang,
“saya menaruh pengharapan yang tinggi dari pemuda kawasan-kawasan untuk menyatukan fikrah dan amal. Siapa sahaja yang mengetuai pemuda kawasan, masing-masing memiliki kelebihan yang tersendiri yang perlu digabungkan dan digandingkan untuk kemaanfaatan Islam dan parti,”ujarya ketika ditemui selepas merasmikan Mesuarat Agung Pemuda Kuala Nerus.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perlantikan Ustaz Hishamuddin dan Wan Mohd Faizul, masing-masing sebagi Ketua Pemuda yang baru bagi kawasan Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.


Beliau mengharapkan agar semua pemuda PAS Kwasan Kuala Nerus dapat memberikan kerjasama sepenuhnya dan sokongan yang padu kepada kepimpinan pemuda yang baru agar pemuda PAS Kuala Nerus terus perkasa dan cemerlang di masa hadapan.
Dalam pada itu, Fakhrul Anwar Dagang yang mewakili pemuda PAS Dun Seberang Takir menyifatkan pelantikan Ustaz Hishamuddin sebagai satu pemilihan yang tepat bagi meneruskan kesinambungan kepimpinan ulamak.
“(ia satu) pemilihan yang tepat……mewarisi kepimpinan ulamak, yang menang dalam pemilihan semalam hanya empat orang dari kalangan berpendidikan agama, termasuk Ustaz Hishamuddin,”ujarnya.
Padangan Fakhrul turut dikongsi oleh wakil pemuda Dun Bukit Tunggal, Wan Nasiruddin yang menegaskan, Pemuda PAS Dun Bukit Tunggal akan bangkit dan kepimpinan baru pemuda PAS Kawasan, mempertahankan kemenangan PAS di Dun tersebut





























