Kenaikan Harga Minyak; Malang berganda kepada Rakyat Terengganu

986

KUALA TERENGGANU – Hujah pelarasan subsidi untuk memperkukuhkan kedudukan kewangan yang digubakan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang digunakan sebagai alasan untuk menaikkan hrga minyak tidak boleh diterima lagi.

Kerajaan kononnya telah membelanjakan berbilion ringgit setahun untuk bayaran subsidi minyak kepada syarikat-syarikat minyak yang beroperasi di Malaysia, namun peroalannya, kepada siapakah subsidi berjumlah berbilion ini telah dibayar?

Dr Azman IbrahimPengerusi Lujnah Pengguna Badan Perhubungan PAS Terengganu, Dr. Azman Ibrahim berkata, mengapa kerajaan mengulang-ulang alasan yang sama sedangkan sedangkan minyak adalah hak milik kita.

“Syarikat minyak hanyalah syarikat yang diberi lesen untuk carigali dan proses. Polisinya tetap di tangan kerajaan. Di negara-negara yang harga minyaknya murah untuk kegunaan rakyat, sebahagiannya adalah dicarigali dan diproses oleh syarikat-syarikat minyak antarabangsa yang sama dengan syarikat-syarikat yang beroperasi di Malaysia.

“Malah Petronas sendiri juga turut mengusahakan carigali minyak di negara-negara lain seperti Sudan dan Iraq. Adakah negara-negara tersebut ini turut membayar subsidi kepada Petronas supaya rakyat mereka boleh menikmati harga minyak yang murah?,”soal beliau.

Beliau berkata, rakyat negeri Terengganu sangat malang dan menerima kerugian berganda akibat polisi yang diambil oleh kerajaan Persekutuan.

Katanya, selain tidak mendapat nikmat sebagai negeri pengeluar minyak, royalti minyak telah dirampas dan negeri Terengganu menjadi antara negeri yang termiskin di seluruh negara.

“Negara-negara seperti Brunei, Arab Saudi dan Kuwait, mereka juga menjual minyak di pasaran antarabangsa dengan harga semasa dunia, tetapi kenapa untuk kegunaan tempatan harga yang ditawarkan negara-negara jauh lebih murah?

“Kita di Terengganu ibarat Kuwait Malaysia. Malang sungguh apabila tiada sebarang keistimewaan yang mampu kita nikmati dari status ini, bahkan royalti minyak telah dirampas dan negeri Terengganu adalah yang paling miskin di Semenanjung Malaysia”jelasnya.

Beliau berkata, rakyat Terengganu sepatutnya merasa iri dengan pesatnya pembangunan di Ibu Kota yang sebahagiannya dibiayai dari hasil minyak yang dikorek dari perut buminya, tetapi hanya mampu menjadi penonton sahaja.

Katanya, kenaikan harga keperluan asas seperti minyak sebanyak 10% akan mengurangkan kuasa beli pengguna sebanyak 10%, yang menyebabkan seramai 12, 193 keluarga yang masih dikalangan miskin di Terengganu akan bertambah derita.

“Lebih tragis, tak sampai 48 jam selepas pengumuman kenaikan RON 95 sebanyak 20 sen, diumumkan pula kenaikan harga RON 97 sebanyak 15 sen seliter.

“Dengan pengumuman kenaikan RON 97 sebanyak 15 sen mulai hari, jelas fenomena kenaikan harga minyak semakin tidak menentu dan sukar dijangka walaupun tidak ada kedengaran berita antarabangsa memaklumkan tentang kenaikan harga minyak dunia,”katanya.