Kayanya Speaker DUN, Miliki Hampir 30 Ekar Tanah

1114
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/speaker%20dun.jpg

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu, dilaporkan telah membeli kesemua tanah-tanah tersebut disamping telah mendapat sebidang tanah pertanian pemberian kerajaan seluas 1.4 hektar di mukim Hulu Telemong.

Namun begitu, Bekas ADUN Telemong pada tahun 1995 hingga tahun 2004 itu, masih dipertimbangkan permohonannya dan telah diluluskan sebidang tanah kerajaan bagi tapak rumah kediaman pada tahun lalu.

Menurut rekod, Tengku Putera yang juga bekas Ahli Parlimen Hulu Terengganu pada tahun 2004 hingga 2008, telah membuat permohonan (Jadual 1)  tanah tersebut pada 24 Julai, 2011.

Tanah yang terletak di PT 3297, Perumahan Cendering Utama di Mukim Cendering, telah diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 11 Januari 2012.

Ekoran kelulusan tersebut, Borang 5A, Notis Bahawa Hasil Tanah Mesti DiBayar telah dikeluarkan oleh Pentabir Tanah Kuala Terengganu pada 19 Januari 2012.

Notis Supaya Mengambil Suratan Hak Milik Yang DiKeluarkan (Borang 5F Seksyen 50) kepada beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Kewangan, telah dikeluarkan oleh Pentadbir tanah Kuala Terengganu pada 22 Februari 2012.