Kuasa Barat Sewenang-wenangnya Menceroboh Kedaulatan Negara Lain

838
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/pesawat%20perancis.jpg

Terbaru pesawat pejuang Amerika Syarikat (AS) didakwa memasuki ruang udara Somalia dalam menyokong usaha Komando Perancis untuk membebaskan ejen tebusan warga itu yang ditawan kumpulan militan Al Shabab di Somalia.

Presiden Obama berkata, AS hanya memberikan sokongan teknikal terhadap kepada tentera Perancis.

“Pesawat pejuang tidak melakukan serangan dan tidak terlibat dalam operasi ini,” katanya ketika mesyuarat Kongres, kelmarin.

Menurutnya, tujuan pesawat itu memasuki ruang udara Somalia adalah sebagai memenuhi keperluan di bawah Resolusi Kuasa Perang.

Terdahulu, misi gempur ke bandar Bulomarer, Somalia itu dilancarkan serentak dengan serangan udara tentera Perancis ke kubu kuat pemberontak di Konna, Mali.

Media melaporkan, Perancis dikatakan mempunyai misi di Afrika iaitu kononnya membantu kerajaan Mali menangani pengganas dan membebaskan seorang tebusan.

Peswat tempur Perancis dan lima helikopter penggempur tentera Perancis terbabit dalam serangan pada 13 Januari mensasarkan kawasan Gao dan Kidal di Mali yang didakwa menjadi pusat gerila pemberontak.

OIC gesa segera diadakan gencatan senjata di Mali

Sehubungan itu Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), dan Mali merupakan salah satu negara anggotanya, semalam menggesa diadakan gencatan senjata di negara Afrika itu.

Askar Perancis dilaporkan sedang campur tangan bertempur dengan kumpulan pemberontak Islam.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/mali.jpgKetua OIC, Encik Ekmeleddin Ihsanoglu, dalam satu kenyataan berkata bahawa langkah serangan tentera itu “terlalu awal” dan menggesa diadakan “satu gencatan senjata segera di Mali dan bagi semua pihak bagi kembali kepada rundingan yang dipimpin oleh Burkina Faso” pada Disember lalu.

Encik Ihsanoglu, yang meluahkan “rasa bimbang yang mendalam beliau terhadap tindakan tentera yang semakin meningkat”, juga menggesa agar “semua pihak menahan diri pada waktu yang kritikal ini bagi memastikan tercapainya satu penyelesaian secara aman terhadap konflik ini, kata kenyataan itu.

Perancis semalam melancarkan serangan udara sebagai menyokong tentera Mali dalam satu operasinya terhadap para pemberontak kumpulan Islam dan telah mengerahkan askarnya ke negara di Afrika Barat itu.

Tindakan ketenteraannya itu telah mendapat sokongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas ia berjaya mengusir para pemberontak kumpulan Islam dari pangkalan-pangkalan mereka di utara negara itu dengan serangan-serangan udaranya.

Satu mesyuarat yang melibatkan 15 negara anggota Majlis Keselamatan PBB mengenai Mali telah menyatakan “pemahaman dan sokongan” sebulat suara bagi campur tangan ketenteraan, kata duta Perancis ke PBB, Encik Gerard Araud, kepada wartawan, kelmarin.

Sejumlah 750 askar Perancis dikerahkan menyertai serangan terhadap pemberontak Islam di Mali.

Sementara itu, seorang pegawai Palang Merah semalam berkata seramai 86 orang telah dirawat di hospital di bandar Mopti, yang terletak di bahagian tengah Mali, dan di Gao, kawasan yang dikuasai pemberontak di bahagian utara negara itu, kerana cedera dalam serangan tentera Perancis.

“Di hospital di Mopti, kami rawat 71 orang yang cedera berikutan pertempuran di Konna”, sebuah bandar kira-kira 70 kilometer ke utara Mopti, yang ditawan oleh pihak pemberontak buat seketika pada minggu lalu, kata pegawai serantau Palang Merah, Encik Germain Mwehu, semasa dihubungi menerusi telefon dari Dakar.

Beliau, bagaimanapun, tidak memberikan butiran sama ada yang cedera itu pejuang atau orang awam.