‘R’ Adalah Manifestasi Daripada Pengkhianatan

1368

Menurut Pengerusinya, Mohamad Fauzi Abu Samah, justifikasi penubuhan R adalah manifestasi daripada PENGKHIANATAN iaitu penarikan balik saman Petroleum oleh Kerajaan negeri terhadap Kerajaan Pusat pada April 2012 yang lalu.

“Gerakan ‘Kembalikan Royalti Terengganu’ ini telah menggunapakai logo ‘R’ yang bermaksud Royalti. Reka bentuk logo yang digunapakai adalah sama sepertimana yang digunakan oleh gerakan menuntut Royalti di Kelantan,” ujarnya

Namun begitu, katanya, terdapat sedikit perbezaan dari segi warna dan matlamat penubuhan “R” di negeri ini berbanding Kelantan.

Beliau menjelaskan berdasarkan fakta, hasil daripada perjanjian antara Petroleum Nasional Berhad (Petronas) dengan kerajaan negeri Terengganu pada 22 Mac 1975 di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974, sebanyak lima peratus dari hasil minyak yang diperolehi oleh Petronas pada setiap tahun telah diberikan kepada kerajaan negeri Terengganu selama lebih kurang 22 setengah tahun.

Namun begitu, kata Mohamad Fauzi, semasa Perhimpunan Agung Umno pada tahun 2000 yang lalu, seorang perwakilan Umno negeri Terengganu telah membawa usul agar royalti Terengganu ditarik balik.

“Akibatnya, pemberian royalti itu telah dihentikan oleh Petronas atas arahan kerajaan Persekutuan Malaysia bermula pada bulan September tahun 2000.

“Pada tarikh 8 hb Mac tahun 2001, kerajaan negeri Terengganu ketika itu di bawah pemerintahan Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur terhadap Petroleum Nasional Bhd (Petronas) dan Kerajaan Persekutuan Malaysia kerana didakwa gagal membayar royalti minyak sepertimana perjanjian asal pada tahun 1975 yang lalu,” jelasnya. [Lihat Video]

Menurut beliau, rakyat Terengganu melahirkan rasa dukacita selepas 12 tahun penantian saman tersebut akhirnya pada April 2012 lalu kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu telah menarik balik saman terhadap Petronas.
Sehubungan itu, katanya, “R” akan meneruskan penjelajahan seluruh negeri Terengganu dalam bentuk konvoi bagi menerangkan kepada rakyat perbezaan antara ‘ehsan’ dan ‘royalti’.

Tambahnya, sekretariat “R” juga akan menghantar Refrendum kepada 10 peratus dari penduduk di negeri ini bagi menuntut hak royalti Terengganu.

Justeru, beliau mengajak seluruh rakyat Terengganu agar bersama-sama dengan perjuangan “R” tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita10/pelancaran%20Rc.jpgHadir sama pada sidang media itu, Adun Wakaf Mempelam dan Batu Burok, Mohd Abdul Wahid Endut dan Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Pengerusi Amanah Terengganu, Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah serta Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Jefri Chua.

Berikut adalah kenyataan penuh ‘R’;

‘R’ yang baru ditubuhkan ini telah menggabungkan tidak kurang daripada 30 NGO yang ada di seluruh negeri Terengganu yang mana saudara Mohamad Fauzi Abu Samah telah dilantik sebagai Pengerusi bagi gerakan ‘Kembalikan Royalti Terengganu’ ini.

Gerakan ‘Kembalikan Royalti Terengganu’ ini telah menggunapakai logo ‘R’ yang bermaksud Royalti. Rekabentuk logo yang digunapakai adalah sama sepertimana yang digunakan oleh gerakan menuntut Royalti di Kelantan. Namun begitu ianya berbeza dari segi warna dan matlamat.

Logo ‘R’ yang digunakan oleh gerakan Kembalikan Royalti Terengganu ini berwarna hitam putih sesuai dengan warna bendera negeri Terengganu dan bermatlamat untuk menuntut kembali royalti yang telah ditarik balik oleh kerajaan Persekutuan Malaysia.

Berdasarkan fakta, hasil daripada perjanjian antara Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan kerajaan negeri Terengganu pada 22 Mac 1975 di bawah Akta Kemajuan Petroleum, 1974, sebanyak 5 peratus dari hasil minyak yang diperolehi oleh Petronas pada setiap tahun telah diberikan kepada kerajaan negeri Terengganu selama lebih kurang 22 setengah tahun.

Namun begitu, semasa Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 2000 yang lalu, seorang perwakilan Umno negeri Terengganu telah membawa usul agar royalti Terengganu ditarik balik dan sebagai akibatnya pemberian royalti tersebut telah dihentikan oleh Petronas atas arahan kerajaan Persekutuan Malaysia bermula pada bulan September tahun 2000.

Pada tarikh 8hb Mac tahun 2001, Kerajaan Negeri Terengganu kemudiannya di bawah pemerintahan Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur terhadap Petroleum Nasional Bhd (Petronas) dan Kerajaan Persekutuan Malaysia kerana didakwa gagal membayar royalti minyak sepertimana perjanjian asal pada tahun 1975 yang lalu.

Namun dukacita yang teramat, SATU MALAPETAKA bagi seluruh Rakyat Terengganu, selepas 12 tahun penantian saman di buat, April 2012 merupakan tarikh MALANG bagi seluruh Rakyat Terengganu kerana pada tarikh tersebut, kerajaan UMNO/BN Terengganu di bawah pemerintahan Datuk Seri Ahmad Said telah menarik balik saman terhadap Petronas tersebut dengan alasan tak kiralah Ehsan ATAU Royalti… asalkan duit sampai ke Terengganu dan menyerahkan apa yang menjadi HAK KITA kepada Kerajaan Pusat. Persoalannya…!!! Adakah sama di antara mendapatkan HAK KITA dengan mendapatkan duit “ sedekah” dari orang sedangkan duit tersebut ASALNYA memang hak kita. YAB berhormat Menteri Besar telah MENGGADAIKAN HAK DAN MARUAH RAKYAT TERENGGANU dan seluruh Generasi akan datang….

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita10/pelancaran%20Rb.jpgR mengucapkan tahniah kepada YAB Datuk Seri MB kerana ketegasan mempertahankan Hak Terengganu dalam isu Blok PM 307. R akan bersama MB dalam isu ini dan akan mempertahankan Datuk MB sekiranya mendapat tentangan daripada PM dan MB Pahang. Namun apalah nilaian mempertahankan Blok PM 307 sekiranya ia kekal menjadi EHSAN dan bukannya Royalti…. Kerana walau sekuat mana sekalipun kita pertahankannya…ia tetap menjadi Hak orang….. sedangkan Rakyat Terengganu KEKAL menerima SEDEKAH dari kerajaan Pusat, terpaksa menadah “ cetong” mendapatkan Ehsan dari Pusat…

Tuntutan bagi mengembalikan royalti kepada kerajaan negeri Terengganu ini adalah penting bagi pembangunan sosio-ekonomi di negeri ini terutamanya di dalam meningkatkan taraf hidup rakyat negeri Terengganu yang masih lagi dibelenggu dengan masalah kemiskinan di mana Terengganu mengikut Unit Perancang Ekonomi pda 2009 kekal di tangga ke @ Negeri Termiskin di Malaysia.

Tuntutan bagi mengembalikan royalti kepada kerajaan negeri Terengganu ini adalah suatu JIHAD dan kami R akan memperjuangkan dengan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan hak kami walaupun terpaksa menempuh ujian yang panjang dan sukar kerana kami yakin mempertahankan harta sekiranya mati… ganjaran syahid menanti kami. R juga tegas akan memberikan kerjasama kepada mana-mana pihak yang sanggup bersama kami memperjuangkan Royaolti hinggalah ianya kembali kepada negeri Terengganu….kepada Rakyat Terengganu.

Justeru itu, ‘R’ Terengganu berharap agar gerakan ‘Kembalikan Royalti Terengganu’ ini mendapat sokongan sepenuhnya daripada seluruh rakyat negeri Terengganu khususnya tanpa mengira bangsa, agama dan juga fahaman politik kerana ianya milik seluruh rakyat Terengganu. Khusus kepaa anak MUDA…. Marilah bersama kami, R kerana masa depan kekayaan Negeri Terengganu, anda semua yang menentukannya….

R akan meneruskan penjelajahan seluruh negeri Terengganu dalam bentuk konvoi untuk menerangkan kepada rakyat apa bezanya, untungnya antara Ehsan dan Royalti…. Agar minda Rakyat lebih hebat…. Tidak sama seperti minda Datuk MB…. Dalam isu Royalti….
Kami juga akan turut menghantar Refrendum kepada mereka yang berkenaan iaitu 10 % daripada penduduk Terengganu. Semua Rakyat dijemput bersama kami. Pastikan anda ‘ MENCIPTA SEJARAH’ bersama kami. Generasi akan datang akan mengingati anda sebagai seorang pejuang…

Sebarang informasi dan aktivit terkini yang berkaitan dengan gerakan ‘Kembalikan Royaliti Terengganu’ ini juga boleh diikuti menerusi capaian di laman http://www.facebook.com/RoyaltiTerengganu.