Menjelang HKR-PGU6.0; Himpunan Kemuncak, Terakhir Sebelum PRU-13

864
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/PGU62.jpg

Pengarahnya, Ariffin Deraman menjangkakan, lebih 100,000 rakyat Terengganu akan hadir dalam sambutan dua hari itu yang bermula pada Jumaat 14 Disember dan berakhir pada Sabtu 15 Disember.

“Ia akan menjadi satu kemuncak, persiapan semangat (spiritual) dan fizikal, kepada semua petugas, penyokong dan pendokong bagi PAS dan Pakatan Rakyat sebelum menghadapi PRU-13,

“saya anggarkan 100,000 akan hadir dalam sambutan dua hari itu pada Jumaat dan Sabtu,”ujarnya ketika ditemui.

Menurutnya, semua rakyat yang menyedari ‘kebobrokan’ Umno-BN, penyelwengan dan salah guna kuasa yang telah dilakukan oleh parti tersebut, wajib hadir dan menunjukkan sokongan.

Beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu berkata, sekarang adalah masa yang terbaik bagi memberikan ingatan dan mengajar Umno-BN, sesungguhnya negara dan negeri ini adalah milik rakyat.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/PGU61.jpg“yang terbaru, Perdana Menteri dan pimpinan Umno jelas mempermainkan rakyat dalam isu medan minyak yang baru di temui, medan minyak Bertam PM307, semata-mata untuk mengaut keuntungan mereka,

“walaupun Menteri Besar Teregganu, Datuk Seri Ahmad Said sudah tahu sekian lama bahawa kawasan tersebut berada dalam perairan Terengganu dikawasan Kemaman, beliau senyap membisu sehingga ditanya dalam sidang DUN, baru lah mengaku,”kata Ariffin.

Beliau yakin, isu tersebut akan berakhir sebagaimana isu royalti minyak negeri Terengganu yang sehingga kini, Ahmad Said terpaksa tunduk kepada Najib dan pimpinan pusat, kerana kedudukan dan pangkat.

Sedangkan sudah jelas, perjanjian telah ditandatangani berdasarkan akta kemjuan petroliam yang digubal pada tahun 1974.

“ini membuktikan, pemimpin Umno, BN bukan berjuang untuk rakyat, tetapi untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing, hak rakyat dicabuli dan segala kekayaan dirampas daripada milik awam, kepada milik peribadi masing-masing,”

Justeru beliau menyeru, seluruh rakyat Dungun dan Kemaman, yang paling hampir kepada kawasan industri minyak untuk turun berama-ramai dan hadir ke HKR-PGU6.0 sebagai bantahan kepada sikap Umno-BN Terengganu dan kepimpinannya yang tidak amanah terhadap isu royalti minyak Terengganu.