Setelah DiPilih Semula; Obama Tentang Keanggotaan Palestine di PBB

810
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita8/tidak%20kepada%20palestine.jpg

Mendedahkan demikian, jurucakap Encik Abbas, Encik Nabil Abu Rudeina, berkata: “Encik Obama telah menyuarakan tentangan Amerika Syarikat berkaitan langkah ke Perhimpunan Agung PBB.”

Encik Abbas pula memberitahu Encik Obama “sebab dan motif tindakan Palestin ke PBB” ialah ekoran tindakan Israel meneruskan pembinaan petempatan Yahudi dan menceroboh harta benda rakyat Palestin.

Mengulas, Rumah Putih berkata Encik Obama “telah mengulangi tentangan Amerika berkaitan tindakan sepihak untuk ke PBB”.

Beliau bagaimanapun mengulangi komitmennya hendak mencapai kedamaian di Timur Tengah melalui rundingan langsung antara Israel dan Palestin “dengan objektif mewujudkan dua negara hidup berjiran dalam keadaan aman dan selamat”.

Encik Obama telah melahirkan harapan agar beliau dan Encik Abbas akan terus bekerjasama rapat pada masa depan.

Sebelum ini, Israel dan Amerika menentang rancangan Palestin mendapatkan pengiktirafan di PBB, dengan menegaskan negara Palestin berdaulat hanya dapat diwujudkan melalui proses rundingan damai.

Rundingan damai bagaimanapun tergendala sejak dua tahun lalu.

Khamis lalu duta Palestin ke PBB mendedahkan rancangan negara itu mengemukakan permohanan bagi status negara pemerhati ke PBB.

Usaha Encik Abbas mendapatkan keanggotaan penuh di PBB tahun lalu gagal setelah diveto oleh Amerika. – AFP.