PRN Johor: Ustaz Anuar Hayan Komited Teruskan Legasi Mantan ADUN Maharanii

27
Ustaz Anuar Haya n beraka Cikgun Aziz (!Kanan)

MUAR – Calon PN DUN Maharani menegaskan komitmennya untuk meneruskan legasi khidmat kepada masyarakat yang telah dibina oleh mantan ADUN tersebut, Cikgu Haji Abdul Aziz Talib, sekiranya diberikan mandat oleh rakyat.

Anuar Hayyan berkata, ke mana sahaja beliau turun menyantuni masyarakat, ramai penduduk masih mengenang jasa dan pengorbanan Cikgu Abdul Aziz yang disifatkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat serta banyak berbakti kepada penduduk di DUN Maharani.

Menurut Anuar, Cikgu Abdul Aziz bukan sahaja seorang pemimpin yang dihormati, malah menjadi mentor yang banyak membimbing beliau dalam aspek kepimpinan, khidmat masyarakat dan pendekatan mendekati rakyat.

“Beliau sentiasa memberikan sokongan, kepercayaan dan dorongan kepada saya untuk terus berkhidmat kepada masyarakat di DUN Maharani. Insya-Allah, saya akan berusaha meneruskan legasi tersebut dengan sebaik mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyantuni penduduk sekitar Kampung Parit Bakar Tengah bersama Cikgu Abdul Aziz, semalam

Anuar berkata, sambutan yang diterima daripada masyarakat amat menggalakkan dan beliau menghargai setiap teguran, pandangan serta kata-kata semangat yang diberikan sepanjang kempen.

Katanya, pendekatan turun padang dan mendengar sendiri suara rakyat akan terus menjadi keutamaan dalam memastikan kebajikan serta pembangunan masyarakat di DUN Maharani sentiasa diberi perhatian.