Umno-BN Abaikan Keselamatan Wilayah Timur

927
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita8/IMG_3068.jpg

Tindakan tersebut telah mengubah cadangan asal mahu memajukan Pulau tersebut sebagai ‘hub’ industri perkapalan kepada sektor pelancongan berorientasikan perlumbaan perahu layar.

“(apabila Umno menang) Pulau Duyong telah diserahkan kepada Patrick Lim, ia mengubah 100 peratus apa yang dicadangkan, sepatutnya apa yang dicadangkan adalah pembangunan kompleks  industri (peerkapalan) bersepadu (dan) menyelesaikan masalah tanah bagi penduduk Pulau Duyong,

“(bertukar menjadi) semata-mata bagi tujuan pelancongan yang bersifat berorentasikan perahu layar ,”ujarnya.

Menurutnya,  muara sungai yang sepatutnya dikorek bagi tujuan industry perkapalan  telah  dirosakkan dengan  ditambak pasir pula di bahagian tengahnya.

Beliau menegaskan tindakan tersebut telah  menghancurkan tujuan sebenar dan merugikan kira-kira RM400 hingga RM500 juta projek yang sepatutnya dilaksanakan .

Haji Amzad yang baru dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Kuala Terengganu berkata, empat orang termasuk beliau dilantik menganggotai Majlis Industri Pertahanan Negara dari tahun 1999 hingga 2004.

Menurutnya, tugas Majlis tersebut adalah merencanakan bagaimana industri ‘Maritime’ boleh memainkan peranan dalam usaha mengurangkan pergantungan sector pertahan negara kepada peralatan impot.

“apa yang kita (Majlis Industri Pertahanan Negara) cuba bawa sebenarnya  adalah, sebagai wakil wilayah kita kita cuba memprojekkan kuala Terengganu sebagai pusat senggaraan ‘maritime’ Negara bagi wilayah timur ,

“(ia) bersabit dengan kepentingan pertahanan sebab di luar persisiran pantai Terengganu di situ letaknya hasil masuk utama negara (iaitu) petroleum yang perlu dikawal secara strategik oleh tentera kita ,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika di temui pada Majlis Makan Tengahari meraikan para petugas DUN Wakaf Mempelam di Kampung Bukit Kubang Jambu, disini pada Jumaat 2 November.

Sehubungan itu, katanya, tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional menukar cadangan memajukan industry perkapalan di Pulau Duyong itu bukan sahaja merugikan, malah mengabaikan keselamatan wilayah Timur.

>>Tunggu pendedahan selanjutnya….