PAS Kesal Kerajaan’ Tidak Peduli’ Pasar Borong Gong Pauh

1348
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita6/IMG_3025.jpg

“Pasar ini , Pasar Borong Gong Pauh ini , dari dulu (sejak) kerajaan (Umno-BN ambil alih) tidak ambil cakna tentang air tak cukup , jalan pun berlubang-lubang ……… masalah sekarang ni , semacam tak ‘mboh’ ambil berat tentang tempat orang Melayu nak berniaga,

“padalah kalu dia bagi peruntukan untuk selesai masalah asas infra (kemudhan asas) sepatutnya , bende tu boleh selesai ,”ujarya keika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Pasar itu pada Jumaat 2 November.

Haji Wahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata,  beliau telah membawa perkara tersebut berulang kali kepada pihak yang bertanggungjawab termasuk membawa isu Pasar Borong itu ke dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Menurutnya, pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengutip bayaran dari para peniaga, namun, sebagai pulangannya, infrastruktur asas Pasar tersebut tidak dibaik pulih.

“Itu lah hakikatnya , dia (MBKT) kutip bayaran dari peniaga , tetapi tidak dari segi pulangan  untuk memastikan ‘infrastruktur’  tu lebih baik,  tidak dilakukan (oleh MBKT),

“(kerana) Pasar Borong ini ditubuhkan oleh kerajaan PAS mungkin salah satu sebab (Umno-BN tidak peduli) mungkin juga sebab duduk di DUN Wakaf Mempelam ,”jelasnya.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita6/IMG_2998.jpgDengan itu, beliau yang juga Anggota Parlimen Kuala Terengganu berkata, Umno-BN mendakwa tidak ada pembangunan dalam DUN terbabit, sedang sebenarnya, menurut beliau kerajaan yang gagal dalam menyediakan kemudahan asas pasar itu.

Oleh itu, katanya, beliau akan terus membawa masalah kesukaran para peniaga Pasar Borong tersebut ke dalam siding DUN akan datang  bagi menggesa kerajaan supaya menyelesaikan keperluan hampir 99.9% peniaga Melayu di situ.

“saya akan bawa ke Dewan (Undangan) Negeri lah sebab (tanggungjawab) duduk bawah kerajaan negeri , (tapi mungkin) tak sampai ke Parlimen lah,  kita mintak supaya (ditingkat infrastruktur),

“kerana kalau ada alas an nak bangunkan pasar borong baru di Bukit Payung ….. sampai sekarang tak bangun (bina) lagi……. sementara ini…… dah bertahun-tahun tak bina pasar borong baru,”tegasnya yang juga Anggota Parlimen Kuala Terengganu.

Sepatutnya menurut beliau, Umno yang mendakwa memperjuangkan nasib orang Melayu membantu para peniaga Pasar Borong Gong Pauh yang terdiri dari orang tempatan dan orang Melayu .

“sepatutnya dia (kerajaan Umno-BN) bagi keutamaan lah……. beri keselesaan (kepada peniaga Melayu), dan pengunjung (Pasar Borong itu) ramai , terutama hari minggu , (pada hari) Jumaat (dan) Sabtu ,

“jadi ……. inilah yang jadi keutamaan perhatian untuk diperbaiki dan memberi peluang kepada peniaga -peniaga Melayu ,”tambahnya.

Turut mengiringi Haji Wahid dalam lawatan tersebut adalah Pengarah Jabatan Pilihanraya Negeri Terengganu, Ariffin Deraman dan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kuala Terengganu yang baru dilantik, Haji Ahmad Amzad Hashim.

*** Lihar Video Lawatan Haji Wahid

Artikel Terkait;

Pasar Borong Gong Pauh Mesti Seiring Dengan Status Bandaraya
Peniaga Pasar Borong Gong Pauh Mengeluh, Bayar Sewa Tapi Infrastruktur Tidak Di Perbaiki