KUALA TERENGGANU – Persatuan RABITAH (Rabitah Institusi Pendidikan Rakyat Terengganu) menyatakan sokongan penuh terhadap inisiatif kerajaan negeri Terengganu dalam menyalurkan bantuan ‘one-off’ berjumlah RM2.735 juta kepada institusi pendidikan Islam rakyat di negeri ini.
Pengerusinya Ustaz Muzaihar Kamal Mustafa Kamal berkata, RABITAH merakamkan jutaan terima kasih kepada YAB Dato’ Seri Ir. Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar, serta seluruh kepimpinan kerajaan negeri Terengganu.
“terima kasih atas kecaknaan, keprihatinan dan iltizam yang berterusan dalam menjaga kelangsungan Institusi Pendidikan Islam Rakyat Terengganu.” ujar beliau ketia ditemui di pejabatnya hari ini.
Ustaz Muzaihar yang juga Mudir Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah Darul Iman (MTTDI) menambah, sesungguhnya pendidikan bukan sekadar proses penyampaian ilmu semata-mata.


“tetapi satu usaha mengekang sifat jahiliah dalam masyarakat, dan seterusnya membentuk insan yang beriman, berakhlak dan bertakwa.” katanya.
Oleh itu, jelas beliau, bantuan uang disalurkan oleh kerajaan PAS Terenggau itu ini amat bermakna dalam usaha meringankan beban pengurusan institusi berkenaan.
“ ia juga menguatkan semangat para pendidik, para asatizah dan muallimin dan sumbangan itu dapat memastikan pelajar terus fokus menuntut ilmu.
“RABITAH yakin, dengan sokongan berterusan seperti ini, institusi pendidikan agama akan terus diperkasa, bukan sahaja di Terengganu, bahkan menjadi contoh kepada pembangunan pendidikan Islam di Malaysia keseluruhannya.” tegas beliau.
Justeru kata Ustaz Muzaihar, RABITAH agar kepimpinan Tertengganu sentiasa dalam sejahtera dan diberikan taufik serta hidayah oleh Allah jua.
“Akhirnya, semoga Allah SWT memberkati kepimpinan Terengganu dan seluruh rakyatnya, serta menjadikan bantuan ini wasilah kepada lahirnya generasi berilmu, beriman dan berbakti kepada agama serta negara.” katanya ikhlas.































