Wanita Muslim Berhijab Pertama ‘Pemecah Tembok Stigma’

213

Fatima Payman menjadi ‘pemecah tembok stigma untuk wanita Islam selepas menjadi ahli politik berhijab pertama yang memenangi pemilihan dan menduduki kerusi di Dewan Senat Australia.

Beliau ialah seorang anak kepada pelarian dari Afghanistan, menjejakkan kakinya ke bumi Australia ketika berusia lapan tahun

Wanita berusia 27 tahun itu, mengikuti keluarganya berhijrah, setelah menghadapi suasana ketidaktentuan, perang yang berlaku di negara tumpah darahnya

Di Australia, bapa beliau melakukan beberapa kerja antaranya sebagai pemandu teksi, pembantu dapur dan pengawal keselamatan demi membina sebuah kehidupan baharu untuk isteri dan anak-anak.

Ibunya pula menubuhkan sekolah memandu, untuk menyara keluarga mereka dan membantu peringankan bebanan ayahnya.

Pada pukul 12:00 tengah hari Isnin 20 Jun, Fatima menerima pesanan ringkas pemakluman tentang kemenangannya, lalu menghubungi ibunya.

Namun, kegembiraan beliau tidak dapat dikongsi bersama bapanya, Abdul Wakil, yang telah meninggal dunia pada 2018 akibat leukemia.

Kemenangan Fatima mengingatkan kembali sejarah politik Australia lima tahun lalu, tentang Pauline Hanson dari One Nation.

Pauline menggemparkan negara apabila dia, seorang wanita bukan Islam dengan bangganya memasuki Senat memakai ‘burqa’.

Tindakan itu menimbulkan kontroversi, dilemparkan kata-kata kasar yang melabelkan burqa dan seterusnya wanita Islam di Australia, sebagai ancaman. kepada keselamatan negara.

Dua tahun selepas itu, insiden gangguan Islamofobia terhadap masyarakat Islam Australia meningkat sebanyak 30 peratus.

Menurut satu kajian, dan keganasan Islamofobia terhadap masyarakat Islam melonjak selepas serangan pengganas Christchurch di New Zealand pada 2019.

Apabila Fatima Payman mengangkat sumpah di Dewan Negara pada bulan Julai depan, Dewan Perwakilan Rakyat sekali lagi akan melihat penutup kepala yang dipakai oleh seorang senator.

Tetapi kali ini berbeza kerana ia dilakukan oleh senator wanita Islam yang sebenar yang memakai tudung sebagai simbol imannya.