Perjuangan Islam Sentiasa Menang

147

KUALA TERENGGANU – Anggota Pemuda PAS Terengganu perlu menanamkan keyakinan dalam perjuangan Islam yang sentiasa menang, dalam apa jua situasi yang dihadapi.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Mohd Harun Esa berkata, Pemuda mestilah menjadi golongan terbaik bagi meneruskan kepimpinan masa hadapan PAS Terengganu.

“kita perlu mencari dan meletakkan Pemuda yang terbaik yang akan meneruskan kepimpinan untuk membimbing umat Islam.

“keyakinan dalam keterlibatan kita dalam perjuangan, duduk dalam perjuangan ini perlu tebal, yakin kalau menang pun kita menang, kalah pun kita menang,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Kali Ke-40, Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Terengganu, di sini semalam.

Oleh itu, beliau memberi peringatan agar semua pihak mengambil tanggungjawab bersama, memperkuat dan mengukuhkan perpaduan parti.

“tiada pilihan buat kita, sama-sama bergabung dan terlibat, mengenepikan apa sahaja punca yang melemahkan parti,

“mengalah tidak bererti kalah, berpecah tidak pernah menjadi kuat, berpadu itu InsyaAllah menunjukkan kita sedia untuk berkorban dan melaksanakan tanggungjawab,” jelasnya..

Justeru beliau optimis, para Pemuda PAS Kuala Terengganu menjadi ‘batu asas’ kepada gerakan kembali memenangkan dan teguh mempertahankan kemenangan PAS di negeri ini pada Pilihan Raya Umum akan datang.

“kita bercakap malam ni untuk semua, kamu semua Pemuda yang kuat insyaAllah, cari dan lipat gandakan tenaga yang ramai,

“Musuh akan tetap lemah sebab kita ada pergantungan kepada Allah, jaga ibadah jaga akhlak, laksanakan tugas dan bertawakkal kepada Allah, memohon dan memohon pertolongan Allah,

“Sehingga kemenangan diberikan sekali lagi, bermula dan berpunca daripada Pemuda PAS Kuala Terengganu,” ujarnya.