KDNK Terengganu 3.6 Peratus; Tahniah!

218

PAS Terengganu merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada kepimpinan Kerajaan Negeri Terengganu atas pertumbuhan KDNK sebanyak 3.6 peratus bagi tahun 2021 sekaligus tersenarai antara lima negeri yang mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik daripada paras nasional.

Pencapaian ini juga mengatasi sasaran awal yang ditetapkan iaitu antara 2.0 hingga 2.2 peratus seperti yang diumumkan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar semasa membentangkan Belanjawan 2022 pada November lalu.

Pertumbuhan ini membuktikan bahawa pemulihan ekonomi negeri ini berada di landasan yang betul dengan potensi pelaburan, persekitaran perniagaan dan peluang pekerjaan yang semakin mengukuh.

Menghadapi pengembangan ekonomi ini, Kerajaan Negeri juga diharapkan dapat terus merancang dan melaksanakan inisiatif bagi mengimbangi peningkatan inflasi yang ketara di negeri ini.

Sekali lagi, tahniah dan terima kasih kepada YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, pegawai-pegawai tadbir dan kakitangan Kerajaan Negeri Terengganu, sektor swasta dan seluruh rakyat Negeri Terengganu.

Sekian, terima kasih.

“Islam Menyatukan Ummah”
“Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera”

YB Hishamuddin Abdul Karim
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu
30 Jun 2022