Wakil Rakyat Umno Kemaman ‘Dibuang’ Oleh Jawatankuasa Bahagian

942

Menurut Timbalan Setiausaha PAS Negeri Terengganu Haji Hanafiah Mat , Jawatankuasa Umno Bahagian Kemaman sudah ‘membuang’ wakil rakyat yang belum habis penggalnya dalam mesyuarat bahagian tersebut baru-baru ini.

“Umno telah membuat mesyuarat untuk memilih calon-calon yang (akan) bertading (dalam PRU13), ternyata wakil (rakyat) Chukai, undinya (jatuh) nombor empat (bermakna) Jawatankuasa Umno Bahagian sudah pun membuang wakil rakyat ini,

“mengapa tidak wakil rakyat buang (Umno terus),”ujarnya ketika berucap dalam majlis Perasmian Himpunan Anak Muda Tolak Umno (Hamtu) pada Khamis 5 April.

Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai memaklumkan, wakil rakyat DUN Air Putih turut menerima nasib yang sama dalam mesyuarat terbabit.

Keputusan tersebut menurutnya, menunjukkan pergeseran dan perebutan kuasa yang sengit berlaku dalaman Umno bahagian Kemaman.

“Menampakkan kepada kita berlaku pergeseran yang perpecahan yang amat kuat di kalangan (pemimpin) Umno Kemaman, ia akan mengalir kepada ‘akar umbi’ (Umno), akhirnya rakyat akan bangkit (menolak Umno),”jelasnya.

Sehubungan itu, beliau yakin rakyat yang sudah bosan dengan sikap para pemimpin Umno akan membuat perubahan dalam pilihanraya akan datang.

Katanya, beliau optimis, PAS akan dapat memenangi kesemua kerusi DUN dan Parlimen Kemaman.

http://www.youtube.com/watch?v=PmnPXZEEwQw