Ususl-Usul Muktamar PAS Kali Ke-58

1190
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita9/muktamar%20usul.jpg


1. Usul Mewujudkan Pilihan Raya yang Bersih dan Adil (PAS Pusat)

Menyedari semakin banyak taktik kotor serta pelbagai bentuk penipuan yang telah di jalankan oleh Kerajaan (UMNO/BN) untuk memastikan mereka berjaya mengekalkan kuasa di Putrajaya di dalam dalam PRU ke-13 dengan cara yang paling tidak bermaruah.

Menginsafi Kerajaan (UMNO/BN) tidak serius dalam usaha untuk membersihkan sistem pilihan raya, walaupun Jawatankuasa Khas Parlimen dibentuk dalam menangani isu ini, namun tuntutan yang dikemukakan tetap diabaikan. Bahkan, Kerajaan (UMNO/BN) berusaha untuk melindungi kepentingan mereka di dalam Pilihanraya dengan meminda undang-undang piliharaya antaranya memasukkan Seksyen 9A di dalam Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 yang tidak membenarkan daftar pemilih yang digazetkan tidak boleh dicabar di mahkamah

Memaklumi Kerajaan (UMNO/BN) juga tidak menghormati pendirian rakyat apabila gagal mengambil peduli tuntutan-tuntutan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa BERSIH bagi mewujudkan pilihan raya yang bersih dan adil.

Menyedari agensi-agensi di bawah Kerajaan yang telah disalahgunakan dalam kes pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing , melindungi pemberian kad pengenalan palsu yang kemudian didaftarkan sebagai pengundi sepertimana dibuktikan oleh Jawatankuasa Anti Penyelewangan IC ( “API” ) yag menunjukkan Pasukan Khas telah dibentuk di bawah Penasihat Khas Perdana Menteri, Datuk Osman Razak yang mengepalai Projek IC di mana ia telah dijalankan secara terancang oleh Pasukan Khas ini. Taskforce inilah yang telah membantu ,dengan secara tidak sah, UMNO bagi menakluk Sabah dalam Pilihanraya pada tahun 1990 dengan memberi kad pengenalan kepada warga asing daripada Filipina dengan syarat mereka mengundi UMNO pada Pilihanraya tersebut. Perbicaraan di Mahkamah di dalam petisyen pilihanraya DUN Likas telah mendedahkan amalan tidak sah dan tidak bermaruah di mana Hakim Dato’ Muhammad Kamil Awang telah membatalkan piliharaya di Likas antara lain atas alasan wujudnya daftar pemilih yang tidak bersih dan amat amat meragukan.

Menyedari Kerajaan UMNO/BN telah menyalahguna dana awam dengan memberikan bantuan/sumbangan atas nama UMNO/BN di mana pemberian insentif yang tidak bertanggungjawab tidak lain kecuali untuk menarik sokongan rakyat. Ini tidak termasuk penerimaan dana asing yang dibawa masuk secara haram oleh sekutu mereka bagi digunakan sebagai modal memancing undi rakyat.

Maka, PAS dengan ini mengambil iltizam untuk:

Maka dengan ini, PAS Pusat mencadangkan Muktamar Tahunan PAS kali ke 58 yang bersidang pada 2-4 Muharram 1434H bersamaan 16-18 November 2012 di Pusat Tarbiyah Islamiyah (PUTIK) Kelantan mengambil ketetapan berikut :

1. Mengukuhkan sokongan ke atas Jawatankuasa BERSIH yang telah mengemukakan 8 tuntutan untuk membersihkan pilihan raya.
2. Mendesak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan kerajaan (UMNO/BN) untuk memenuhi kesemua tuntutan Jawatankuasa BERSIH.
3. Menyeru jentera-jentera PAS untuk terus membongkar penyelewangan UMNO/BN,melalui semakan daftar pemilih kawasan masing-masing dan seterusnya menjadi ajen penerangan dalam menyebarkan hal penyelewangan ini kepada pengundi sekitar terutamanya pengundi luar bandar.
4. Memberi amaran keras kepada SPR supaya tidak memejamkan mata atas isu penyelewengan daftar pemilih seperti yang berlaku di Selangor di mana pengundi-pengundi baru sejak 2008 adalahseramai 500,000 lebih di mana 100,000 daripada mereka merupakan pengundi yang statusnys dipertikaikan.
5. Mendesak SPR dan ajensi-ajensi Kerajaan yang terlibat dalam isu penyelewengan daftar pemilih seperti yang berlaku di Selangor dan negeri-negeri lain khususnya negeri yang kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat
6. Menyeru seluruh sayap dalam PAS iaitu Dewan Ulamak, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, Dewan Himpunan Penyokong dan PAS Negeri untuk memberi tekanan dan asakan kepada SPR untuk membersihkan ke semua daftar undi sebelum PRU ke-13.

2. Usul Politik (PAS Pusat)

Menyedari sokongan rakyat kepada Umno BN semakin merosot menjelang PRU 13 dan tongkat sakti MCA, Gerakan dan MIC sudah patah, bagi menarik sokongan orang bukan Melayu kepada BN.

Menyedari bahawa Umno hanya perlu menarik sokongan orang Melayu untuk menjamin kelangsungan pemerintahan BN di dalam PRU akan datang, maka mereka menggunakan pendekatan dengan apa cara sekali tanpa menghirau soal dosa dan pahala, tanpa mengira isu yang dibangkitkan benar atau salah.

Menyedari hakikat ini maka mereka menggunakan Melayu, Agama dan Raja untuk menunjukkan mereka adalah juara memperjuangkan Melayu. Walaupun hakikatnya Umno seperti pencuri menjerit pencuri..

Maka Muktamar PAS Kali ke 58 yang bersidang pada hari ini 2-4/ Muharam 1434 bersamaan 16-18/Nov/2012 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) perlu mengambil tindakan yang lebih agresif supaya agenda pembohongan Umno tidak termakan oleh rakyat dengan

1. Memperhebatkan siri penerangan pengkhianatan Umno kepada orang Melayu melalui berbagai medium seperti ceramah, risalah, banner, media baru.
2. Menyakinkan pengundi Melayu bahawa PAS mampu menjaga Melayu, lebih baik daripada Umno. Persetujuan untuk mengekalkan hak istimewa Bumiputera telah disetujui di dalam konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama di Shah Alam.
3. Menerangkan pembohongan Umno yang mengatakan bahawa Dap akan menjadi PM jika Pakatan Rakyat menang. Sedangkan kerusi majoriti bukan melayu hanya 45 kerusi sahaja, jika dimasuk kerusi Sabah dan Sarawak hanya 69 kerusi daripada 222 kerusi.
3. Menerangkan kemampuan PAS yang memerintah negeri Kelantan selama 22 tahun, sehingga mampu menurun kadar kemiskinan daripada nombor 2 kepada nombor 4 walau pun dinafikan hak oleh kerajaan pusat.
4. Menerangkan kemampuan PAS di Kedah bersama PR telah mampu menunjukkan prestasi yang baik walaupun terpaksa menanggung beban hutang yang ditinggal oleh BN sebanyak RM1.8 bilion.


http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita9/normala%20usul.jpg3. Usul Pendidikan (Dewan Muslimat PAS Pusat)

Menyedari bahawa mutakhir ini terlalu banyak aduan yang diterima oleh Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat berkaitan Isu Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS) yang begitu membebankan guru dan warga seolah – olah dilayan seperti ‘robot’ dan ‘hak serta masa rehat guru’ telah ‘dirampas’.

Menyedari Laporan Buletin Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) pada tahun 2008 terdapat menyatakan banyak aduan bahawa amalan birokrasi dari pihak atasan yang mengarahkan guru di sekolah melakukan tugas- tugas perkeranian, khasnya dalam pengisian borang, butiran yang terlalu banyak,dan telah mewujudkan ‘tekanan kerja yang melampau’di kalangan guru.

Menyedari betapa banyaknya urusan dokumentasi ,kerja- kerja perkeranian serta pemprosesan markah dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah( PBS) sekaligus telah menjejaskan tumpuan dan perancangan rapi yang boleh dilakukan oleh guru terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (p&p).

Menginsafi bahawa guru terpaksa bersengkang mata dan bangun malam untuk ‘key in’ data hingga pukul 2- 3 pagi di rumah dan telah menjejaskan masa rehat guru,tanggungjawab sebagai suami isteri di rumah, pengabaian terhadap anak dan keluarga serta urusan ibadat bagi guru yang beragama Islam khususnya.

Menginsafi bahawa pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah( PBS) bahawa instrumen untuk melaksanakan PBS ini tidak dinyatakan secara jelas ,sebelum dilaksanakan hingga menimbulkan ‘tekanan’ kepada guru yang sebenarnya hampir 80% orang guru tidak faham cara mana dan bagaimana untuk melaksanakan PBS ini kerana ‘kesediaan guru ‘ masih kurang.

Menginsafi bahawa nasib 800,000 pelajar dari Sekolah Agama Rakyar (SAR) yang tidak diberi kod untuk melaksanakan PBS ini dan dianggap telah terkeluar dari kerangka sistem pendidikan Negara.

Menerima hakikat bahawa guru terpaksa mengurus sistem fail pelajar yang menyebabkan guru- guru terbeban dengan ‘kerja- kerja perkeranian’ dan menjejaskan tumpuan guru dalam p& p.

Menerima hakikat bahawa modul soalan dalam pelaksanaan PBS ini tidak selaras dan menimbulkan masalah kepada guru untuk membuat penilaian khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang tidak ada panduan khusus dari segi menggredkan kemahiran pelajar.

Menerima hakikat bahawa dalam pelaksanaan PBS ini soal kelajuan internet paling penting dan segala masalah yang timbul berkitan akses capaian internet yang terganggu ,menyebabkan urusan untuk proses dokumentasi penilaian untuk ‘key in ‘ data tidak dapat dilakukan.

Maka dengan ini, Dewan Muslimat PAS Pusat mengusulkan Muktamar Tahunan PAS kali ke 58 yang bersidang pada 2-4 Muharram 1434H bersamaan 16-18 November 2012 di Pusat Tarbiyah Islamiyah (PUTIK) Kelantan mengambil ketetapan berikut :

Mendesak Kementerian Pelajaran Malaysia agar menangguhkan dan mengkaji semula pelaksanaan PBS ini dengan mengambilkira faktor- faktor yang dinyatakan di atas dengan memberi perhatian penuh beberapa pertimbangan berikut :

1. Guru sebagai ‘pelaksana dasar’ perlu diberi kursus peningkatan secara professional dan kursus pemantapan secara terancang supaya pelaksanaan PBS ini dapat berjalan dengan lancar.
2. Hak, masa rehat guru dan kebajikan warga pendidik perlu diambil perhatian oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelaksanaan PBS ini supaya guru tidak dibebankan dengan urusan tugas- tugas perkeranian.
3. Memberikan hak yang adil dan sama rata kepada seramai 800,000 pelajar Sekolah Agama Rakyat (SAR) dalam pelaksanaan PBS ini.
4. Memastikan akses capaian internet 1 Bestari Net yang menggantikan School Net di sekolah diatasi dengan sebaiknya sebelum pelaksanaan dilakukan .

Semoga hak dan kebajikan warga pendidik sekaligus pelajar dapat diperjuangkan demi memastikan kelangsungan generasi pelapis masa hadapan dan pewaris kepimpinan negara dalam persada pendidikan Negara.,Laporan Buletin Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) pada tahun 2008 terdapat banyak aduan bahawa amalan birokrasi dari pihak atasan yang mengarahkan guru di sekolah melakukan tugas-tugas perkeranian, khasnya dalam pengisian borang, butiran yang terlalu banyak sering berlaku dan telah mewujudkan ‘tekanan kerja yang melampau’di kalangan guru. Jadi, sejauhmana keprihatinan Kementerian pelajaran Malaysia untuk mengatasi soal ini.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita9/nasaruddin%20usul.jpg4. Usul Antarabangsa (Dewan Pemuda PAS Pusat)

Gaza kini berkubang dgn darah kembali di bulan muharram yg bersejarah. Krisis kemanusian terus menyelimuti bumi Palestin semenjak tahun 1948 dan dijangka terus merobek duka bumi isra’ selagi mana hak palestin tidak dikembalikan. Dalam tempoh 48 jam ini bedilan dan ledakan telah membunuh puluhan warga Gaza dan mencederakan ratusan yg lain.

Krisis terkini Gaza saat muslim Rohingya juga dirobek,dikucil dan tak pedulikan oleh masyarakat antarabangsa.puluhan ribu yg telah terbunuh,disakiti,dinafikan hak sbg warganegara sedangkan dalam sejarah terbukti muslim Rohingya mempunyai kerajaan semenjak abad ke 7. Kini muslim Rohingya menjadi pariah di negara sendiri, malah dikhianati oleh kerajaan sekular Bangladesh.

Maka dengan ini, Dewan Pemuda PAS Malaysia mencadangkan Muktamar Tahunan PAS kali ke 58 yang bersidang pada 2-4 Muharram 1434H bersamaan 16-18 November 2012 di Pusat Tarbiyah Islamiyah (PUTIK) Kelantan mengambil ketetapan berikut :

1. Mendesak kerajaan Malaysia melalui Parlimen menerima usul tergempar berkaitan Palestin dan juga Rohingya yang sedang meringgis.
2. Menggesa supaya pihak OIC, liga Arab dan PBB mengambil tindakan serta merta terhadap isu ini yg sedang menjadi duri di hati ummah.
3. Mendesak kerajaan Malaysia menyatakan sikap yg tegas serta menggunakan seluruh mekanisme operasi yg paling optima untuk membantu krisis kemanusiaan yg berlaku di Gaza serta Arakan.

5. Usul Organisasi (Dewan Ulamak PAS Pusat)

Menyedari bahawa masa depan PAS untuk memerintah Malaysia adalah sesuatu yang tidak mustahil. Bagi melangkah kehadapan  dalam meyakinkan rakyat dengan dasar Islam yang dibawa oleh PAS, ia memerlukan keyakinan terhadap kualiti kepimpinan dan pengurusan PAS dalam memertabatkan Islam.

Maka, di sini letaknya peranan Majlis Syura Ulama PAS untuk memastikan setiap yang diberi tanggungjawab memimpin parti dan kerajaan di bawah PAS benar-benar mematuhi syariat.  Sewajarnya pematuhan kepada syariat ini diaudit secara berstrukturdan mempunyai unit berautoriti untuk menjalankan pengauditan tersebut yang berada di bawah naungan majlis syura ulama’ PAS.

Pengauditan ini juga merangkumi semua aspek termasuk urusan pentadbiran dan penglibatan pemimpin-pemimpin PAS yang memegang jawatan di dalam parti dan kerajaan supaya memenuhi pematuhan syariat dan tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat.

Ini sekaligus akan mempertingkatkan tahap kompintensi kepimpinan yang dipelopori oleh kepimpinan ulama’ yang bersumberkan kepada AlQuran, assunnah, ijma’ dan qiyas.

Maka dengan ini, Dewan Ulamak PAS Pusat mencadangkan Muktamar Tahunan PAS kali ke 58 yang bersidang pada 2-4 Muharram 1434H bersamaan 16-18 November 2012 di Pusat Tarbiyah Islamiyah (PUTIK) Kelantan mengambil ketetapan berikut :

Majlis Syura Ulama’ PAS menubuhkan sebuah unit audit syariat bagi tujuan mengaudit perjalanan badan eksekutif yang terdiri daripada ahli jawatankuasa PAS, Badan Perhubungan PAS Negeri dan kerajaan negeri yang ditadbir di bawah PAS.