Ustaz Wan Hassan Mampu Tersenyum Walaupun Ditimpa Musibah

1116

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli mampu tersenyum walaupun  musibah menimpa apabila beliau disamun sebanyak RM26000 pada 25 Julai lalu.

Ahli Parlimen Dungun itu berkata, setiap peristiwa yang menyedihkan berlaku mesti sentiasa ingat hanya Allah tempat bergantung.

“Kalau saya menangispun duit itu tidak akan kembali kepada saya,” ceritanya apabila ditegur wartawan yang memintanya tidak tersenyum selepas berlakunya kejadian tersebut baru-baru ini.

Wan Hassan memberitahu demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Borang 5A kepada peserta-peserta Rancangan Tanah Berkelompok(RTB) Pertanian di Balairaya Kampung Dendang di sini pada 29 Julai.

Beliau berkata tanggungjawab kerajaan ialah menyerahkan setiap yang menjadi hak rakyat.

“Dia nak undi, sape-sape itu hok dia, sebab kita ada dosa, ada pahala, ada berkat, tidak berkat,” jelasnya kepada 24 orang penerima yang hadir.