UnisZA tak nak tawarkan anugerah Mat Said ke?

1058

Macam takde tokoh lain ke? Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang nak dihormati menawarkan anugerah kepada tokoh yang tak ada pendirian seperti Ibrahim Ali. Seorang tokoh politik katak yang anugerah ‘Datuk’ beliau juga ditarik oleh istana Kelantan. Bahkan terkenal dengan politik lompat dari Umno-BN ke Semangat 46, melompat ke PAS dan menjadi Bebas.

Apalah sangat ketokohan perjuangan melayunya sehingga nak diberi anugerah khas melayu. Apakah Umno dah ketandusan tokoh sejak Dato Onn sehingga sekarang? Atau memang UiTM dah jadi university cap ‘kangkung’. Adakah tokoh seperti ini yang nak dijadikan idola oleh bangsa melayu. Tokoh tin kosong, yang kokok berderai-derai tetapi ekor bergelumang dengan tahi. Diharap janganlah memalukan UiTM sampai ketahap itu.

Kalau begitulah tahapnya, apakah mungkin UnisZA pulak menawarkan Anugerah Mat Said kerana meluluskan peruntukan bagi membuat kajian untuk keluarkan ‘Ubi Gadong chips’. Adakah siapa sahaja boleh diterima oleh IPTA untuk member anugerah. Asalkan ada duit boleh saja? Adakah UiTM takde duit sangat ke? Janganlah dicemarkan nama UiTM yang gah itu ataupun memalitkan arang dimuka para pensyarah yang bijak pandai di Universiti tersebut.

Baca seterusnya dari ustsaifulbahri.blogspot.com