Terengganu, Malaysia

Kekayaan Hasil Bumi Terengganu, Jangan Biar Pihak Lain Tentukan Nasib Kita – Wan Fayhsal

Kekayaan Hasil Bumi Terengganu, Jangan Biar Pihak Lain Tentukan Nasib Kita – Wan Fayhsal

DUNGUN, 19 November – Terengganu serta negeri-negeri yang memiliki sumber kekayaan nadir bumi perlu diberikan kedudukan sewajarnya dalam rundingan berkaitan kepentingan sumber strategik negara di peringkat antarabangsa.

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, persaingan antara kuasa besar dunia untuk mendapatkan sumber nadir bumi menjadikan kepentingan negeri seperti Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis semakin signifikan.

Menurutnya, sebarang rundingan kerajaan Persekutuan dengan negara luar berkaitan pengeluaran hasil bumi perlu mengambil kira hak dan kepentingan kerajaan negeri.

“Sudah tiba masanya orang-orang Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis diberikan tempat dan penghormatan yang selayaknya bagi memastikan kedaulatan sumber kekayaan negeri dijamin oleh wakil-wakil dan pemimpin-pemimpin kita di Putrajaya.

“Kerana kalau tidak, mereka sahaja yang menentukan nasib orang kita di sini,” katanya.

Kekayaan Hasil Bumi Terengganu, Jangan Biar Pihak Lain Tentukan Nasib Kita – Wan Fayhsal

Kekayaan Hasil Bumi Terengganu, Jangan Biar Pihak Lain Tentukan Nasib Kita – Wan Fayhsal

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Ceramah Perasmian Teguh Memimpin Terengganu 2.0 dan Sambutan 70 Tahun PAS Kawasan Dungun, malam ini.

Wan Ahmad Fayhsal turut berpandangan bahawa negeri-negeri yang memiliki sumber nadir bumi mempunyai kepentingan strategik dalam persaingan ekonomi antara Amerika Syarikat dan China.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh isu pembayaran royalti petroleum kepada Terengganu dan menegaskan keperluan memberikan jaminan terhadap hak negeri berkenaan.

“Wang ihsanlah, macam-macam nama. Kita nak royalti. Kita nak perkara tersebut dimaktubkan,” katanya.

Beliau turut mengaitkan usaha mempertahankan kepentingan negeri dengan hasrat PAS dan Perikatan Nasional untuk menerajui pentadbiran kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan