Terengganu, Malaysia
Pendapat

Ridzuan Sarif Untuk Bukit Katil!

Ridzuan Sarif Untuk Bukit Katil!

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor.

Sosok itu menyalamiku semasa pagi hari penamaan calon. Dia berbusana segak dengan guratan wajah bersih menghulurkan tangan ” terimakasih ustaz datang bantu” patah perkataan lembut, tersusun rapi . Pagi itu dia pengantin yang diarak oleh ribuan pendokong dan penyokong. Tak pelik dengan jumlah berganda kehadiran me giringi calon PN Bukit Katil, sebelum itu penulis dan Dato Ustaz Idris Ahmad pada 10 Oktober melancarkan jentera pilihanraya kawasan Hang Tuah Jaya. Dewan dipadati dengan pendokong PN dengan aura kemenangan dihidu, tak berjarak dengan kehadiran pendokong di negeri kubu PAS/ PN.

Nama Haji Ridzuan mencuat naik mengatasi beberapa nama lain termasuk YDP PAS Kawasan yang masih muda, namun itulah kelebihan jemaah PAS ini. Tiada suara suara yang mempertikaikan arahan jamaah, tiada suara protes kerana diri tak dipilih kerana pimpinan PAS sedar amanah kepimpinan bukanlah satu kemuliaan bahkan amanah yang dipikul pada pundak yang akan dipersoalkan dihari akhirat. Siapa sosok pilihan jamaah ini?, tiba – tiba menjadi tarikan pesona untuk mewakili PN ,melawan mantan Ketua Menteri Melaka dan Timbalan Menteri?.

Ridzuan adalah pelajar cemerlang dibangku sekolah lagi, aktif dalam ko kurikulum juga. ” Budak Lima A ” istilah tiga dekad dahulu yang melayakkan beliau masuk ke Sekolah Berasrama Penuh. Haji Ridzuan belajar di Sekolah Sains Johor sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia. Di alam kampus , anak muda ini aktif dengan program tajnid ( perkaderan dakwah ) sehingga pernah menjadi Amir anak anak Kampus Johor. Anak muda yang meremaja dengan aktiviti usrah,tamrin,mukhaiyyam ini juga sentiasa menjadi imam solat sejak remaja. Berbanding calon- calon lain dalam PRN Melaka atau lain- lain tempat, sosok ini tak perlu ditampilkan mesra masjid surau kerana diluar waktu kempen itulah institusi yang dilazimi sejak zaman remaja.

Tidak kekok untuk menyantuni rakyat kerana itulah watak sebenar calon PN Bukit Katil sebelum ini. Sebelum terpilih menjadi calon pilihan rakyat, beliau menguruskan banyak institusi masyarakat dalam kawasan Hang Tuah Jaya. Bila tersebar sahaja beliau meletakkan jawatan dalam kerajaan, medsos menggelegak dengan komen positif bekas anak- anak buah serta koleganya dulu. Dulu
bertugas dengan menggalang jawatan Ketua Pegawai Kesihatan Persekitaran serta Ketua Unit Inspektorat Dan Perundangan , Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (2019-2026) . Karektornya yang mudah tersenyum, senang didekati kawan, tiada jarak sosial dengan anak- anak buah menyebabkan beliau cukup disegani dalam perkhidmatan.

Tempoh 18 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam, bukanlah tempoh yang singkat. Teruji dengan ujian di alam kerjaya dalam masa yang sama aktif dengan gerakerja PAS dilapangan. Takdir menentukan namanya mahu diangkat bagi mewakili PAS /PN untuk PRN Melaka. Suara bernada lembut tapi tegas daripada Timbalan Presiden PAS memaklumkan hasrat jamaah seperti dentuman petir pada nurani. Ada mulut- mulut yang perlu dinafkahi ,namun hasrat jemaah seperti arahan berkorban yang pastinya menguras seluruh kudrat dan perasaan.

” Ahh,apa sangat pengorbanan ini berbanding pimpinan lain. Dato Seri Tuan Ibrahim melepas jawatan Pensyarah Kanan UITM , Dr Sam melepaskan jawatan Professor Aero angkasa di UPM, Dato Nik Amar melepaskan jawatan pensyarah Kanan UIAM, Ustaz Idris Ahmad melepaskan jawatan Pensyarah Kanan UITM Melaka…semua pimpinan sanggup berkorban untuk jemaah dan perjuangan” suara kecil dalam nurani cuba memujuk, ada sesuatu yang penting beliau kena lepaskan untuk perjuangan yang puluhan tahun beliau dokong ini. Bergenang airmata Haji Ridzuan apabila mengingat kembali detik sukar ini.

Selepas melakukan solat sunat istikharah, berteleku lama disejadah, mengharap keputusan terbaik daripada yang Maha Esa, mantan Ketua Dewan Pemuda ini telah membuat keputusan nekad untuk melepaskan jawatan sebagai penjawat awam di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk bertanding dalam PRN Melaka. Menang atau kalau itu urusan Tuhan, arahan jemaah kini beliau tunaikan, ” ulat dalam batu pun tahu cari makan” kata orang tua Melayu Melaka. Haji Ridzuan juga
sedang melanjutkan pengajian diperingkat pasca ijazah. Beliau sedang bergelut untuk menamatkan Pengajian Ijazah Sarjana (Master) dalam bidang Penguatkuasaan Undang-Undang Keselamatan Siber.

Penglibatannya dalam masyarakat sebagai Timb Pengerusi SRITI Hang Tuah Jaya, YDP Kelab Riadah Sihat JKN Melaka, Pengurus Pasti Cawangan, Pengerusi & Imam Surau, AJK Rukun Tetangga, AJK Cuepacs Negeri Melaka, Ahli Profesional Environmental Health Officer Of Malaysia (EHOM) & Ahli Kesatuan Inspektor Kesihatan.

Tokoh ini terlibat dalam pelbagai penglibatan dalam politik dan pilihanraya . Semasa beliau berada di Lembah Kelang pernah menjadi AJK Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Selatan, Selangor . Manakala di negeri Melaka pula sebagai AJK Pas Kawasan Hang Tuah Jaya, AJK Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Melaka, mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Hang Tuah Jaya . Haji Ridzuan pernah dilantik sebagai Bendahari Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Pengundi Bukit Katil, jangan lepaskan peluang untuk memilih wakil rakyat anda. Sosok yang kami tampilkan ini mempunyai pakej kepimpinan kelas A , latarbelakang pendidikan serta sosial yang baik dan juga daya energi yang paling subur untuk membantu masyarakat Bukit Katil. Anggota legislatif mestilah mempunyai kemampuan kognitif yang baik, sanggup berkorban, mempunyai pengalaman menguruskan organisasi serta mempunyai kestabilan emosi. Haji Ridzuan Sarif melepaskan jawatan kerajaan dengan pendapatan serta harkat sosial yang selesa, mengapa pula kita nak campakkan permata berharga ini dijalanan. Ayuh ,sahabatku orang Bukit Katil, kita memilih yang terbaik untuk konstitusi kita!.

( Penulis ialah AJK PAS Pusat, Pengerusi LESTARI )

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan