MARANG – Kebangkitan warga Palestin yang kita saksikan pada hari ini menunjukkan benarnya janji nabi Muhammad S.A.W, tentang segolongan umat Islam yang akan terus bangun dan berdiri menzahirkan Islam
Menurut Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, mereka tidak boleh diperlakukan apa-apa oleh orang yang cuba mengecewakan mereka.
[Gambar – Presiden PAS meraikan ribuan para tetamu, termasuk dikalangan bukan Islam, sempena sambutan Eidul Fitri di Dewan Tok Guru, masjid Rusila, seusai menyempurnakan solat sunat Eidul Fitri ]
“Sehingga datangnya urusan Allah……..para sahabat bertanya (kepada Rasulullah) siapakah mereka itu? (kata Rasul) mereka adalah penduduk di Baitulmaqdis, dan di keliling Baitulmaqdis, (iaitu) penduduk Palestin yang mempertahankan Islam.
“Kumpulan yang dijanjikan oleh Rasulullah S.A.W. berdepan dengan Yahudi zionis yang merampas tanah air ummat Islam,”jelasnya.


Katanya, perampasan Palestin oleh Yahudi zionis dari umat Islam adalah peristiwa yang paling zalim dalam sejarah manusia.
“(Yahudi) merampas tanah air orang lain, mengaku kepunyaannya di hadapan masyarakat antarabangsa diiktiraf oleh kuasa-kuasa besar dunia,
“ramai (banyak) kerajaan-kerajaan Islam yang tunduk di bawah kuasa besar ini,”tegas beliau
Ustaz Hadi berkata walaupun Gaza dibelasah, dikepung dan diserang bertubi-tubi, dari darat, laut dan udara, tetapi terus berlaku kebangkitan di Palestin.
Penentangan terhadap Yahudi zionis bukan sahaja berlaku di Gaza, malah berlaku di Tebing Barat.
“walaupun negeri-negeri arab yang kaya-raya, kekayaan minyak dan sebagainya, sayangkan harta mereka, menjaga istana dan singgahsana, melupai rakyat Palestin, rakyat Palestin dikecewakan, dibiarkan terkepung di tengah-tengah masyarakat arab,
““Di Tebing Barat……… di Baitulmaqdis……..dengan bersenjatakan kayu dan batu (umat Islam bagkit menentang Yahudi),”katanya ketika menyampaikan khutbah Eidul Fitri, di masjid Rusila semalam, 28 Julai.
Beliau menambah, umat Islam di Palestin bangkit dengan kemampuan yang ada pada mereka dengan cara yang menakjubkan dan berjaya menentang musuh yang paling canggih senjatanya.


“Umat Islam mesti percaya, di sana ada kerajaan Allah, semua kerajaan yang besar yand ada di dunia ini adalah habuk yang halus, lebih halus daripada habuk yang halus, di hadapan kekuasaan Allah S.W.T.,”kata beliau.
Oleh itu, beliau berkata, mereka yang ada iman di dalam dirinya, akan bersama dengan rakyat Palestin dan sebaliknya, mereka yang munafik, tidak bersama dengan rakyat Palestin.
Mereka yang lemah imannya akan mengikut orang munafik melupai pesanan Rasulullah S.A.W, yang memerintahkan supaya mengambil berat tentang perkara yang dialami oleh ummat Islam.
Justeru beliau menyeru, seluruh umat Islam, bersempena 1 Syawal agar mempunyai perasaan terhadap apa yang berlaku terhadap saudara-saudara seIslam di seluruh dunia.
“Marilah dengan iman yang ada di dalam diri kita ini, (kita merasai) mempunyai perasaan terhadap apa yang berlaku di Gaza, berlaku di Mesir, berlaku di Syria, berlaku di Rohingya, berlaku di Chechya, berlaku di Sri Lanka, berlaku di Afrika Tengah,
“kita mesti mengambil tahu, mengambil cakna, sekurang-kurangnya berdoa kepada Allah,
“orang yang tidak mengambil cakna, menandakan imannya tidak ada erti, walaupun dia bersembahyang ataupun berkali-kali (mengerjakan) umrah,”seru beliau.
http://youtu.be/ZKSdaLLWezo




























