Tiada Gencatan Senjata Jika Israel Terus Kepung Gaza – Al-Qassam

1565

Pemimpin sayap tentera Hamas menegaskan, tidak akan ada gencatan senjata di Gaza kecuali Israel menamatkan kepungan ke atas jalur itu, sepenuhnya.

Dalam kenyataan audio pada hari Selasa, komander Briged al-Qassam, Mohammed Deif berkata gencatan senjata itutidak akan berlaku kecuali sekatan ditarik balik dan lintasan sempadan semua arah dibuka.

Kenyataan Mohamed Deif disiarkan beberapa jam selepas percubaan gencatan senjata selama 24 jam terhenti dan gagal kerana perbezaan pendapat.

Deif berkata “keseimbangan kuasa” telah berubah sejak serangan tiga minggu lalu Israel ke atas Gaza, yang bermula dengan serangan udara sebelum Israel menghantar tentera darat, pertama dengan tujuan untuk menghentikan serangan roket Hamas dan kemudian diubah untuk memusnahkan terowong yang digali oleh pejuang.

“Apa yang tentera udara lakukan dan serangan meriam anda telah gagal untuk mencapai matlamatnya, ia tidak akan dapat dicapai oleh tentera darat,

“yang pasti…….Anda menghantar tentera anda ke rumah sembelih yang pasti, InsyaAllah.

“Entiti Zionis tidak akan tahu tentang keselamatan (rakyat mereka) melainkan rakyat Palestin hidup dengan aman.””kata Deif.

2014729201930211734_20Komen Deif ini telah disiarkan beberapa jam selepas Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) berkata semua puak telah bersetuju untuk menawarkan gencatan senjata kemanusiaan 24 jam dan telah bersedia untuk menghantar delegasi yang bersatu ke Mesir untuk membincangkan perjanjian gencatan senjata penuh.

Walau bagaimanapun, pernyataan PLO itu dengan cepat ditolak oleh Hamas dan Israel.

Osama Hamdan, jurucakap Hamas di Beirut, Lubnan, berkata, pertubuhan itu mengalu-alukan idea gencatan senjata “tetapi kita memerlukan jaminan bahawa Israel tidak akan melanggar syarat itu”.

Jurucakap rejim Israel, Mark Regev memberitahu agensi berita AP bahawa tawaran itu “tidak serius” sehingga Israel mendengar dari Hamas secara langsung.

Israel membatalkan mesyuarat kabinet keselamatan tidak lama selepas itu.

Israel terus membedil Semenanjung Gaza. Sekurang-kurangnya 100 orang terbunuh pada hari Selasa, menurut pegawai-pegawai Gaza. Jumlah kematian di Palestin lebih daripada tiga minggu pertempuran Israel-Hamas telah melebihi 1,200.

Di pihak Israel, 56 orang terbunuh. Angka itu termasuk dua rakyat Israel dan seorang pekerja Thai dibunuh oleh roket ditembak ke Israel oleh pejuang Gaza.-al-Jazeera