Terkenang Ramadhan Yang Lalu, di PRK Kuala Besut……….

841

Oleh : Solahuddin Al-Idrus

Sebulan berpuasa di bumi Yaman, bumi yang diliputi tanah berdebu, suasana Ramadhan tidak seperti di Malaysia.

Di sini bernyawanya Ramadhan, apabila rakyatnya yang begitu mesra dan menjaga agama, tidak lokek untuk menghulurkan derma dan berbuat kebajikan.

Di sini bebas dari ‘perawan’ yang tidak berpakaian, mata cukup terpelihara.

Pada malam 10 akhirnya Ramadhan, masjid-masjid begitu meriah umpama solat Jumaat diMalaysia.

Teringat aku akan Ramadhan tahun lepas bersama dengan sahabat-sahabat media pejuang kebenaran sewaktu Pilihanraya Kecil di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut,Terengganu.

Malamnya mereka tidak tidur merangka dan merancang untuk memenangkan Parti Islam.

Siangnya pula mereka bekerja dengan perancangan yang disusun pada malamnya.

Mereka tinggalkan keluarga dikampung untuk bersama dengan perjuangan.Ada diantara mereka yang sanggup cuti kerja dan ada juga yang ulang-alik dari kampung ke Besut semata-mata untuk membantu gerak kerja memenangkan Islam.

Moga ‘dagangan’ kalian dinilai disisi Allah Taala………Beraya kita pastikan terkuburnya penzalim kuasa.

IMG-20140729-WA0003Saat terdengar takbir raya disini, hati rasa bagai jantung dikaki, teringat bagaimana saat mengucup tangan bonda dan memeluk tubuh ayahnda..Berjabat tangan bersama adik beradik……..sungguh saat ini aku rindukan mereka.

Rindu mendengar amanat dan kata-kata dari mereka, mereka adalah kenangan yang membuat aku merasa pernah ada.

Maaf kerana coretan ini tak dapat memenuhi permintaan sahabat-sahabat untuk memahat kisah dan budaya arab Yaman menyambut lebaran kerana aku diuji Tuhan pada malam raya.

DihantarNya aku ke alam lain dan dikejutkan semula aku pada malam raya kedua.Tidak perlulah aku luahkan disini pengalaman yang aku lalui pada malam itu, cukup sekadar jiwa ini peduli dengan peringatan demi peringatan oleh Sang pencipta.

Jazakallah buat teman-teman yang sentiasa menemani aku disisi, bertahan mata menjaga aku, syukur dikurniakan teman yang hirau tentang aku, syukur juga kerana dihantar teman-teman Arab yang berhati mulia, yang sentiasa mengambil berat tentang aku..Moga kalian dimuliakan Allah.

Dikesempatan yang ada,ingin sekali aku memohon ampun dan maaf segala salah dan dosa kepada semua para aktivis, para pejuang kebenaran dan kepada semua umat Islam khususnya keluarga dan sahabat-sahabat di Malaysia.

Maaf atas kata-kata atau tulisan yang merobek jiwa, menikam hati dan menghiris rasa…Selamat bersujud diatas zat yang mulia..

Taqobbalallahu Minna Wa Minkum..
Salam Lebaran..Minal ‘Aidin Wal Faaizin..

* Solahuddin Al-Idrus atau dikenali sebagai Angoh adalah aktivis media dari Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI), sekarang belaiu sedang membaca bahasa Arab, sebelum menggali ilmu dan hikmat di negara Yaman.