Trump Perlu Menjawab Tuduhan Rogol

138

Donald Trump menghadapi dua kes yang melibatkan salah laku seksual yang mungkin disegerakan, lebih cepat sekarang kerana dia bukan lagi presiden AS.

Masa yang terbaik telah tiba selepas bekas Presiden Amerika itu tumbang, bagi beliau menjawab pertuduhan rogol dan kesalahan seksual beberapa dekad yang lalu.

Semasa Trump berada di pejabat, peguamnya menunda kes itu dengan berpendapat bahawa tugas mendesak dari pejabatnya menjadikan mustahil bagi Presiden untuk menanggapi tuntutan mahkamah.

“Saya rasa akan ada pengertian di antara para hakim bahawa sudah waktunya untuk melanjutkan kes ini,” kata Roberta Kaplan, peguam mantan kolumnis majalah Elle, E Jean Carroll, telah menuduh Trump merogolnya pada pertengahan 1990-an.

“Satu-satunya halangan untuk meneruskan tuntutan sivil adalah dia presiden,” kata Jennifer Rodgers, mantan pendakwa persekutuan dan sekarang sebagai profesor undang-undang klinikal di New York University School of Law, mengulas isu tersebut.

Carrol, 77, berkata Trump memperkosanya di sebuah Gedung pakaian Manhattan, dimana beliau berjumpanya selaku perunding fesyen bagi memenuhi hasrat Trump mencari “pakaian terbaik”

Trump juga menghadapi tuntutan saman fitnah dari Summer Zervos, bekas peserta dalam rancangan televisyen realitinya, The Apprentice.

Pada tahun 2016, Zervos menuduh Trump melakukan kesalahan seksual, mengatakan bahawa dia menciumnya tanpa kerelaan pada pertemuan 2007 di New York dan kemudian merabanya di sebuah hotel di California ketika kedua-duanya bertemu untuk membincangkan peluang pekerjaan.
– sumber alJazeera