Tokoh-tokoh BN Hanya Suka ‘Makan Komisyen’

933
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita7/Amzad%20Kuala%20Berang%20201012.jpg

Menurut bekas Presiden Pergerakan Profesional Muda, Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim, rakyat Terengganu juga merupakan para pejuang yang menegakkan Islam dan kebenaran, menentang penjajah Inggeris serta menuntut kemerdekaan dengan alat perang yang moden.

Namun begitu, sikap pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang suka ‘makan komisyen’ menyebabkan rakyat Terengganu terus diperbodohkan oleh kerajaan persekutuan.

“kerana (selalu) ditekan….ditekan dan diperbodohkan (oleh pemimpin Umno-BN), orang Terengganu sejak dari dulu sampai sekarang (kerana) penyakit orang politik sekarang ni duk sibuk makan komisyen,

“macam tokoh-tokoh BN sekarang….dapat projek (dia) malas buat sendiri, beri ke (orang) Cina buat (dia hanya) makan komisyen,”ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Penerangan Isu Semasa di Kampung Paya Besar Kual berang dekat sini pada Sabtu malam, 20 Oktober.

Amzad mendakwa rakyat Terengganu tidak sepatutnya meminta-meminta royalti petroleum yang sebenarnya merupakan hasil dari perut bumi negeri Terengganu.

Sebaliknya kata beliau, selama ini rakyat Terengganu yang telah memberikan hasil minyak sebanyak sembilan puluh lima peratus kepada kerajaan Pusat.

Beliau mendedahkan sejak tahun 1978 kerajaan pusat telah ‘menyedut’ hasil minyak dan gas dari negeri Terengganu sebanyak RM431 bilion.

“tuan-tuan bayangkan…..kalau tuan-tuan tengok (kemajuan) di Kuala Lumpur tengok (ada) bangunan besar, ada ‘flyover’ jalan (lebuh raya) bersimpang siur, lapangan terbang (banyak) universiti dan sebagainya,

“macam-macam projek pembangunan (yang ada)…. hasilnya datang dari mana? datang dari negeri Terengganu (sebenarnya),”jelas Amzad.

Sebaliknya, kata beliau, negeri Terengganu yang kaya, yang menyalurkan kekayaan kepada kerajaan pusat itu, menjadi negeri kedua termiskin di seluruh Malaysia.

Menurutnya, keadaan ‘malang’ tersebut adalah disebabkan oleh orang-orang Melayu memilih BN sebagai kerajaan yang akhirnya mengkhianati orang Melayu sendiri.