DUNGUN – Kehadiran ahli-ahli
dan penyokong-penyokong PAS ke Himpunan Teguh Memimpin Terengganu 1.0 (TMT1.0) adalah satu jihad dan perbelanjaan yang dikeluarkan untuk ke sana adalah infak.
Timbalan Ketua Ulama Terengganu, Ustaz Jamaluddin Jusoh menjelaskan dengan mengeluarkan harta sebanyaknya untuk Islam dan untuk perjuangan suatu pelatihan yang tidak boleh hanya seketika tetapi perlu kepada pelaksanaan yang berterusan.
“membiasakan diri kita berinfak untuk perjuangan dengan hati gembira, harta kita dapat kita sumbang kepada perjuangan kita bukan berusaha untuk membanyakkan harta kita,
“Kita baru sahaja selesai tarbiyah Ramadaniyah, dalam bulan Ramadan kita memperkukuhkan diri, dengan mujahadah yang pelbagai dalam bulan Ramadan.
” Maka selepas Ramadan eloklah kita perkukuhkan pula jemaah,
perkukuhkan kefahaman dan kebersamaan kita dalam jemaah melalui kehadiran dalam program TMT 1. 0 ini.” ujarnya.
Beliau yang dihubungi hari ini mengulas
pentingnya kehadiran ahli dan penyokong ke himpunan tersebut yang diadakan selama tiga hari bermula Khamis, 29 Mei hingga Sabtu, 31 Mei di Padang Astaka, Chukai, Kemaman.
Di samping itu, tambahnya lagi, dengan hadirnya ke program, akan mendapat perkembangan semasa politik negara yang sangat panas akhir-akhir ini.
“Sedangkan kita melihat dalam PAS sangat sejuk, sangat tenang walaupun PAS juga ada pemilihan dalam Mesyuarat Agung peringkat Cawangan, peringkat kawasan bahkan peringkat Pusat dan tidak ada pergolakan,
” jadi inilah masanya menunjukkan kepada orang ramai, perjuangan PAS yang paling terbaik yang menjadi ‘government in waiting’, memberi satu pandangan pada mereka melihat kepada bagaimana tenangnya perjuangan PAS,” jelasnya.





























