KUALA TERENGGANU – Tidak ada watak dengan kebolehan yang luar biasa seperti ‘ultraman’ atau ‘superman’ dalam PAS dan mereka yang mempunyai kuasa seperti itu tidak dialu-alukan untuk berada di dalam parti tersebut.
Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat Dr. Azman Ibrahim sebaliknya berkata, tanggungjawab yang berat berjuang dalam parti Islam PAS dipikul secara bersama-sama dengan ‘berjamaah’.
“mereka mempunyai kuasa bersifat ultra (seperti) ini tidak diperlukan untuk berada di dalam parti…….kita disini adalah batu bata yang membina perjuangan ini,
“batu bata ini mengukuhkan antara satu sama lain, hilangnya seketul maka kita rasa kehilangannya,” ujar beliau.
Beliau berkata demikian ketika ditemubual bagi mengupas Ucapan Dasar Presiden PAS oleh HARAP TV di sini, hari ini Rabu 3 Mei.


“kalau sekiranya dalam PAS mengamalkan legasi kepimpinan maka tentunya saya yang sekadar seorang anak petani kampung (yang) ayahanda (saya) berjawatan AJK sahaja di cawangan,
“berasal daripada sebuah kawasan luar bandar yang mungkin tak ramai kenal kampung Bukit Tanah…..sekarang ini (saya) diamanahkan oleh parti untuk memikul tanggungjawab yang besar,” jelasnya.
Beliau berkata, pemilihan kepimpinan dalam PAS berbeza dan tidak sama dengan Umno, yang mana pemimpin Umno berebut untuk mencari jawatan, sebaliknya dalam PAS pemimpin erlumba-lumba untuk menolak jawatan.
Dalam Umno katanya, sekurang-kurangnya sebanyak RM100,000 diperlukan untuk menang jawatan Ketua Pemuda, namu dalam PAS, tidak dibelanjakan walaupun seringgit untuk bertanding jawatan AJK Kerja PAS Pusat.


“sebahagian terpilih, sebahagian lagi tidak terpilih…….yang terpilih mereka ada tugas yang dipikul, yang tak terpilih mereka ada tugas lain,” tegas beliau.
Justeru beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan semua pihak dan tidak akan melupakan pesanan sahabat seperjuangan.
“di antara ucapan penghargaan dan terima kasih sahabat perjuangan yang paling menyentuh hati ialah, (dari seorang dianggap) abang dalam jamaah (parti),
“beliau berpesan kepada saya (agar) ingat amanah ini (kerana ia) adalah satu yang tuhan akan tanya esok-esok (di akhirat nanti),” tambah beliau.



























