Trump Umumkan Penandatanganan Perjanjian Damai Iran Pada Hari Ahad, Tehran Menentang Dakwaan

34
Araghchi juga memberi amaran bahawa memorandum itu belum ditandatangani dan masih boleh berubah.

WASHINGTON / TEHRAN — Presiden Trump mengumumkan bahawa perjanjian damai awal dengan Iran dijadualkan ditandatangani secara elektronik hari ini, Ahad, 14 Jun 2026.

Walau bagaimanapun, pegawai Iran dengan pantas menolak garis masa ini, menggesa langkah berjaga-jaga global dan menyatakan bahawa penandatanganan segera “Memorandum Islamabad” tidak akan berlaku.

Kejayaan diplomatik ini pertama kali diumumkan kepada umum oleh Trump melalui media sosial,. mengisytiharkan perjanjian itu dimeterai untuk pemeteraian pada hari Ahad, menekankan bahawa perjanjian itu mewujudkan halangan kekal kepada Iran untuk memperoleh senjata nuklear.

Di Islamabad, Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif kelihatan menyokong garis masa yang pantas itu, dengan menyatakan bahawa kerajaannya sedang giat membuat persediaan untuk pemeteraian elektronik dalam tempoh 24 jam.

“langkah awal ini akan diikuti dengan rundingan teknikal yang lebih ketat.” kata Shehbaz Sharif

Walau bagaimanapun, Tehran segera menghentikan semua dakwaan tersebut apabila Jurucakap Kementerian Luar Iran Esmaeil Baghaei secara jelas menegaskan pemeteraian tidak akan berlaku hari ini.

“terdapat keraguan daripada pihak Amerika.,” menurut Baghaei dan memberi amaran kepada pemerhati terhadap sambutan pramatang.

Walaupun beliau menyatakan bahawa ada kemumgkinan perjanjian tersebut ditandatangani dalam beberapa hari akan datang.

Sementara itu, Menteri Luar Abbas Araghchi memberitahu televisyen kerajaan pada hari Jumaat bahawa memorandum itu boleh ditandatangani sebaik sahaja peringkat akhir rundingan selesai.

“Mungkin dalam beberapa hari akan datang, memorandum persefahaman antara kami dan Amerika Syarikat akan ditandatangani,” kata Araghchi.

Beliau menambah bahawa pemeteraian itu akan berlangsung secara digital dan jarak jauh selepas peringkat rundingan terakhir diluluskan, dengan mengatakan proses itu akan diumumkan dan boleh berlaku “dalam beberapa hari akan datang.”

Tetapi Araghchi juga memberi amaran bahawa memorandum itu belum ditandatangani dan masih boleh berubah.

Justeru Esmail Baghaei berkata secara berasinga, teks itu berada dalam peringkat akhir semakan dalaman dan tiada keputusan muktamad telah dibuat.
“Berkenaan teks persefahaman, kami berada dalam peringkat semakan dalaman akhir. Mesyuarat badan-badan berkaitan sedang dijalankan,” kata Baghaei.