Seramai 500 orang umat Islam telah berkumpul bagi membantah penerbitan filem yang menghina Nabi Muhammad SAW yang teah muat naik ke laman sosial you Tube.




Turut hadir pada himpunan Cinta Rasul tersebut adalah Ketua dewan Ulamak PAs Terengganu, Dato’ Ustaz Husin Awang, AJK Perhubungan PAS Terengganu Dr Azman Ibrahim, Yang DiPertua PAS Besut Ustaz wan Azhar Wan Ahmad dan pimpinan pemuda PAS Kawasan Besut.


Sejurus selepas selesai menunaikan solat jumaat, umat Islam yang ‘Cintakan rasul’ mereka mula bergerak bagi memberikan peringatan kepada pemerintah Amerika syarikat, agar jangan mempermain-mainkan Rasulullah SAW.





























