DUNGUN – Kerajaan disaran menempat anggota polis termasuk kereta peronda polis di laluan Lebuhraya Pantai Timur dari Gemuroh ke Bukit besi bagi mengawal keselamatan, sekiranya lebuh raya tersebut telah digazetkan
Ahli Parlimen Dungun YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly berkata, ia adalah satu keperluan dalam usaha mencegah kejadian jenayah berulang pada masa hadapan.
“saya harap kerajaan dapat menjelaskan status lebuh raya pantai timur dari gemuroh ke bukit besi yang telah dibuka kepada orang ramai,
“sekiranya ia benar-b enar telah digazetkan maka, kerajaan mesti bertanggungjawab meletakkan anggota keselamatan dan polis yang meronda selama 24 jam,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kejadian seorang remaja bertindak agresif melarikan sebuah kereta di kawasan rehat dan rawat (R&R) Lebuhraya Pantai Timur di Bukit Besi-Ajil pada selasa 5 Oktober.
Beliau mengucapkan syukur kerana Bayi lelaki Muhammad Ashraf Ikhwan berusia sembilan bulan [gambar] yang menjadi mangsa kejadian itu sudah beransur pulih.
Wan Hassan yang juga, Yang Dipertua PAS kawasan Dungun berharap pihak polis dapat mempercepatkan siasatan ke atas dua kes jenayah yang berlaku dalam daerah dungun sebelum ini
Katanya, rakyat mengikuti perkembangan dua kes, pembunuhan pengusaha nasi kukus di bandar Paka dan kes rompakan stesyen minyak Petronas di Rantau Abang.
“kita harap pihak polis dapat menyelesaikan kes-kes ini dengan segera agar rakyat dapat bergerak dengan ebih yakin dalam kehidupan seharian mereka,”ujarnya




























