Sumpah Guna Kitab Suci Amalan Yahudi dan Nasara

1035

Oleh Dr Azman Ibrahim

Saya sama sekali tidak melihat kewajaran al Quran digunakan dlm isu T-Team vs JDT atas beberapa sebab:

Al Quran bukannya digunakan untuk bersumpah tetapi untuk diamalkan dan dilaksanakan syariat yg terkandung di dalamnya.

Sumpah menggunakan kitab suci adalah amalan Yahudi dan Nasara yang bersumpah menggunakan Kitab Taurat dan Injil.

Kita ummat Islam bersumpah dengan nama Allah.

والله وبالله وتالله

Sumpah yang sebenar dalam Islam bukanlah untuk perkara remeh atau main-main seperti untuk menyelesaikan pergaduhan di terowong bola.

Perkara sebegini bolehlah diselesaikan berdasarkan peraturan FAM yang sedia ada. Apatah lagi dengan bersumpah ianya tidak ada ‘locus standy’ dalam peraturan FAM.

Bermakna langkah bersumpah ini bukanlah penyelesaian malah lebih malang kalau ianya dijadikan bahan ketawa lantas memalukan para pemain dan pasukan.

Khabarnya yang terlibat dalam insiden itu pula adalah jurulatih dan pemain import bukan Islam. Bagaimana nak sumpah guna Quran?

Sekiranya T-Team tidak berpuas hati dengan keputusan FAM, tentunya FAM tidak kebal undang-undang.

T-Team boleh mengfailkan kes di mahkamah untuk mendapatkan keadilan. Cara ini adalah lebih profesional dan bermaruah.