Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat berkata, beliau menerima sungutan dari orang ramai yang tidak selesa dengan ‘khabar angin’ tersebut.
“Saya minta pihak SPRM jelaskan perkara ini, sekiranya tidak benar, SPRM perlu menafikannnya, sekiranya benar, maka SPRM perlu bertindak telus dan mendakwa mereka yang terbabit,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis makan malam bersama kaum tionghua dusebuah restoran di Taman Chukai Utama dekat sini pada Selasa 11 Disember.
Menurutnya sebelum ini pernah tersebar luas beberapa kes rasuah yang melibatkan pemimpin parti politik yang di daerah tersebut yang ditahan dan disiasat.
Walaupun secara jelas dilaporkan melalui akhbar dan media massa, namun tiada sebarang tindakan mendakwa pemimpin terbabit seolah-olah ada campurtangan ‘pihak atasan’.


“saya bimbang, rakyat tidak percaya lagi dengan penguatkuasaan undang-undang, apabila rakyat mendengar ada pemimpin yang terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa, tetapi tidak diambil tindakan,
“sebagaimana dakwaan bekas ketua polis negara terhadap pasukannya, tidak mustahil SPRM dijangkiti penyakit yang sama,”tegasnya.
Sementara itu, Haji Hanafiah berkata, lebih 200 orang warga Tionghua Kemaman yang hadir dalam hadir dalam majlis makan malam memberikan sokongan pasu kepada Pakatan Rakyat.
Menurutnya, 80 peratus kaum Tionghua udah membuat keputusan akan memberikan undi kepada Pakatan Rakyat kerana mereka percaya kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak amanah dan terlibat dengan pelbagai rasuah dan penyelewengan.
Turut hadir dan menjadi tetamu majlis tersebut adalah ADUN Sekincan Ng Sui Lin, Bekas Setiausaha Parti Gerakan Kelantan Cikgu Lau Chin Chua, Pengerusi DAP Terengganu Ng Chai Hing dan Timbalan Peengerusi DHPP Terengganu Jeffry Chua.




























