Siti Kassim, David Orok Melampau, Biadap dan Angkuh

1539

KUALA TERENGGANU -Status laman sosial Siti Kassim dan David Orok adalah berunsur penghinaan yang melampau dan boleh menyebabkan rasa tersinggung serta hasutan.

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu YB Dr. Alias Razak berkata, kedua-dua individu terbabit telah mengajukan secara biadab dan angkuh hingga boleh membangkitkan ketidakharmonian antara pelbagai pihak.

“status tersebut berpotensi membangkitkan rasa permusuhan antara agama dan mencetuskan hubungan tegang di mana ia merupakan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan,

“semua ini bererti dan boleh ditafsirkan sebagai menentang Perlembagaan Negara yang meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan menentang serta mencabar Yang Di-Pertuan Agong selaku penaung agama Islam bagi Malaysia,” tegasnya.

Beliau ang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata demikian selepas membuat laporan polis terhadap kedua-dua warganegara tersebut yang menghina Nabi Ibrahim dan Islam di balai polis Kuala Terengganu pada Selasa 20 September.

Paling berbahaya, kata beliau, catatan kedua-dua individu itu dalam ‘facebook’, pada 08 September dan 5 September jam 2017, bersifat mengancam dan menggugat ketenteraman awam dan kedaulatan negara.

“kenyataan (itu) berunsur fitnah dan provokasi yang berbentuk ekstrem anti Islam yang membuka ruang kebencian dan perpecahan serta salah faham masyarakat awam mengenai ajaran Islam.,” tambahnya.

Justeru itu, PAS mendesak pihak polis melakukan siasatan secara menyeluruh keatas semua badan bukan kerajaan NGOs yang anti Islam yang menjadi penaja kepada individu terbabit.

Oleh kerana kenyataan yang dibuat berunsur fitnah dan provokasi anti Islam, PAS turut menggesa kerajaan mengharamkan mana-mana NGOs yang terlibat secara langsung atau tidak, kerana ia merupakan perlanggaran serius Artikel 3 Perlembagaan yang menegaskan, Islam agama persekutuan.

“(kita juga) mendesak pihak berkuasa agama memanggil dan memberi kauseling khusus kepada siti Kassim kerana kenyataan beliau bercanggah dengan warta fatwa negeri Terengganu,

“bahawa hanya anutan ahli sunnah wal jamaah dibenarkan beramal manakala selain nya adalah satu kesalahan jenayah syariah yang serius,” tegas beliau lagi.

Turut sama membuat laporan tersebut ialah Setiausaha PAS Terengganu Haju Muhyiddin Abd Rashid dan Penolong Setiausaha Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.