Sidang DUN; Bajet 2012 dijangka RM2 bilion, belanja 2011menokok RM2.3 bilion

515

– Zoo Ahmad di Bukit Takal dan projek Ahmad di tasik Kenyir dijangka terima habuan bajet 2012
KUALA TERENGGANU
– Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu akan bermula esok 5 Disember  dan berlangsung selama empat hari sehingga 8 Disember.

Sidang DUN yang dilihat sebagai siding terakhir bagi penggal ke-12 DUN Terengganu akan menyaksikan kerajaan membentangkan bajet untuk tahun 2012.

Sumber dalam kerajaan negeri  memberitahu, bajet 2012 yang akan dibentang oleh Meneri Besar Dato’ Seri Ahmad Said tidak jauh bezanya dengan bajet 2011.

Pada Disember tahun lalu, Ahmad membentangkan bajet berjumlah RM1.887 bilion, antara yang tertinggi  jika dibandingkan diantara negeri-negeri di Semenanjung.

Namun, jumlah sebenar perbelanjaan kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu untuk tahun 2011 ini adalah melebihi RM2 bilion.

Pada sidang DUN Ogos lalu, kerajaan telah meluluskan peruntukan tambahan berjumlah RM 155,543,600.00, menjadikan perbelanjaan meningkat  RM2.03 bilion.

Sumber tersebut menyatakan, sekali lagi kerajaan akan mengemukakan permohonan peruntukan tambahan dalam siding DUN yang akan bermula esok.

“Kira-kira lebih RM200 juta peruntukan tambahan yang akan dikemukakan dalam siding DUN bermula 5hb Disember,”ujarnya.

Dengan tambahan tersebut, ia bermakna perbelanjaan kerajaan pada tahun ini mencecah RM2.3 bilion.
Sementara itu, bajet yang bakal dibentangkan oleh Ahmad untuk tahun 2012 pula adalah dijangka melebihi bajet tahun lalu.

Menurut sumber tersebut ia dijangka mencecah RM2 bilion dengan memasukkan segala perbelanjaan yang tidak memberi manfaat yang banyak kepada rakyat.

“antara yang bakal dimasukkan adalah peruntukan untuk zoo Ahmad di Bukit Takal, Kijal dan peruntukan untuk projek-projek Ahmad di tasik Kenyir,

“tahun lepas tasik Kenyir dah ‘baham’ RM300 juta, tahun ini tambah lagi
,”ujarnya.