Terengganu, Malaysia

Hadir Beramai-ramai, Ceriakan Meriahkan TMT 2.0

Hadir Beramai-ramai, Ceriakan Meriahkan TMT 2.0

KUALA TERENGGANU – Semua ahli dan penyokong PAS Kuala Besut khususnya dan seluruh rakyat Terengganu Darul Iman diseru hadir beramai-ramai bagi menceruakan Himpunan Teguh Memimpin Terengganu 2.0 (TMT 2.0) yang berlangsung selama tiga hari di Dungun bermula hari ini hingga Sabtu.

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) DUN Kuala Besut, YB Haji Azbi Salleh berkata, kehadiran para penyokong amat penting bagi memberikan sokongan dan memastikan himpunan berkenaan berlangsung dalam suasana meriah.

“Kepada seluruh penyokong PAS Terengganu, saya mengharapkan penuhi program Teguh Memimpin bermula hari Khamis sampai hari Sabtu.

Datanglah, ‘supportlah’ dan hebatkanlah program pada hari itu,” jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewah Undangan Negeri Kelima Belas (Bajet), hari ini.

TMT 2.0 berlangsung di Dewan Arena Square, Dungun dan menyasarkan kehadiran 50,000 peserta.

Himpunan tersebut antara platform PAS Terengganu memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-16.

Himpunan itu turut menampilkan pelbagai pengisian melibatkan pimpinan parti, As-Sabiqun, Muslimat, anak muda dan aktiviti kekeluargaan sepanjang tiga hari penganjuran.

Azbi berkata, penyertaan penyokong dari seluruh negeri diharapkan dapat menyemarakkan himpunan berkenaan dan memperlihatkan sokongan terhadap agenda Teguh Memimpin Terengganu.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan