“Dr Sam Ambil Alih PN: Ini Bukan Pertukaran Nama, Ini Pertukaran Arah”
Ramai orang sibuk tanya, “kenapa Dr Sam?”
Saya rasa soalan yang lebih tepat ialah: kenapa sekarang?
Sebab politik PN sudah masuk fasa baharu.
Bukan fasa jerit, bukan fasa reaksi tapi fasa susun semula untuk menang dan mentadbir.
Kalau Dr Sam benar-benar dipilih sebagai Pengerusi PN yang baharu, ini bukan sekadar tukar individu di atas. Ini mesej yang jelas: PN sedang betulkan arah.
Kita kena jujur dengan rakyat.
Selama ini PN kuat hanya dikalangan jentera, sokongan orang Melayu masih solid, negeri-negeri PN masih stabil.
Tapi di peringkat pusat, rakyat nak lihat satu suara, satu kompas, satu kepimpinan yang tenang dan tersusun.
Dr Sam membawa sesuatu yang berbeza.
Beliau bukan jenis yang kejar populariti harian.
Beliau bukan pemimpin yang hidup dengan mikrofon.
Beliau jenis urus, susun, fikir dan buat keputusan.
Dan dalam politik hari ini, itu sebenarnya lebih berbahaya kerana lawan susah baca langkah orang yang senyap tapi bergerak.
Pemilihan Dr Sam juga beri isyarat penting:
PN mahu dilihat “ready to govern”, bukan sekadar kuat di pentas ceramah.
Rakyat sudah penat dengan politik gaduh.
Anak muda nak dengar penyelesaian, bukan saling hina.
Orang tengah nak kestabilan, bukan drama harian.
Di sinilah peranan pengerusi sebenar.
Bukan siapa paling kuat bercakap, tapi siapa paling mampu satukan semua pemain samaada PAS, Bersatu, dan seluruh komponen PN dalam satu pasukan yang disiplin.
Namun kita juga kena berani cakap satu perkara yang tak sedap didengar:
Kalau Dr Sam jadi Pengerusi, ini juga ujian kepada semua pemimpin PN.
Ujian sama ada:
• kita sanggup bergerak sebagai pasukan,
• kita boleh tinggalkan politik solo,
• dan kita benar-benar serius mahu yakinkan rakyat bahawa PN ada pelan untuk negara.
Zaman main emosi semata-mata sudah hampir tamat.
Zaman rakyat menilai keupayaan memimpin sudah bermula.
Saya percaya, kalau Dr Sam diberi amanah ini, beliau mampu membawa PN ke fasa yang lebih matang iaitu politik yang kurang bising, tapi lebih berkesan.
Akhirnya, rakyat tidak kisah siapa pengerusi.
Rakyat cuma mahu tahu satu perkara:
siapa yang paling bersedia pegang amanah negara.
Dan itu yang sedang diuji sekarang.
#DrDin
Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin bin Haji Tengku Muhammad Fauzi,
Timbalan Ketua Penerangan,
PAS Terengganu






























