Setpol Ahmad Buat Hal Lagi

776

Sikap ‘pongoh’ dan ‘gelojoh’ Mad Nizam kini menjadi ‘topik panas’ perbualan dikedai-kedai kopi dan warung sekitar bandar ini.Peristiwa Mad Nizam menunjukkan pistolnya kepada seorang siswa sebuah IPTA disebuah kedai kopi tersebar luas.

Menurut Pengarah MTD Chukai, Haji Hanafiah Mat, siswa IPTA tersebut sedang menjalani latihan amali sebagai pelayan di kedai berkenaan.

Katanya, malang menimpa siswa tersebut, apabila sudu yang dibawa terjatuh ketika beliau menghantar minuman kepada Mad Nizam.

”Mad Nizam dikatakan berang dan memarahi siswa itu dan berlaku pertengkaran diantara mereka,

”beliau tidak dapat menahan kemarahannya, lalu bangun mencekik leher siswa itu,”kata Haji Hanafiah ketika dihubungi.

Kerana mahu menjadi ‘cerita besar’ katanya, siswa tersebut telah pulang ke rumahnya yang terletak berdekatan dengan kedai kopi tersebut.

Beberapa ketika kemudian, siswa tersebut kembali semula ke kedai berkenaan dengan sebilah ‘golok’ dan berdepan dengan Mad Nizam.

”Ketika itulah, Mad Nizam terlupa bahawa beliau adalah ahli politik bahkan orang yang paling rapat dengan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said,

”beliau menunjukkan pistolnya bagi menakutkan siswa yang sedang mencabarnya,”terang Haji Hanafiah.

Selepas itu, Hanafiah berkata, kedua-dua pihak telah membuat laporan polis, namun mereka telah menarik balik laporan masing-masing.

Sebelum ini, pada 3 Februari lalu, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman menyifatkan Ahmad Nizam bertindak kurang sopan dan memalukan rakyat negeri Terengganu.

Ketika mahu menyerahkan satu memorandum kepada Menteri Besar, Mad Nizam telah menyindir serta memperlekehkan seorang anggota rombongan ANAK, Ismail Harun (Yang DiPertua PAS Kemaman) dikhalayak ramai.

“Malangnya bagi rakyat Terengganu kerana mempunyai seorang pegawai seperti Ahmad Nizam ‘menghodoh dan mengherdik’ dengan suara agak tinggi dan ‘keras’ kepada ahli rombongan ANAK,”kata Mazlan.

Mad Nizam dipetik sebagai berkata, “Apalah Abang Weil (Ismail Harun) ini, hal (Peneroka Felda) ini pun hendak main politik. Sekarang baru hendak tolong rakyat…kenapa dulu tidak tolong.? Memorandum apa…dok payah serah kepada MB, serah kepada saya sudahlah”.