Abu Hassan suka perkataan primitif? Superman adalah ‘wartawan’?

654


Beliau berkata demikian dalam forum berjudul “Media: Kuasa politik baru PRU ke-13”, anjuran bersama oleh Gerakan Muslimah Sejagat (GEMS) dan Free Public Forum di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam.

Sebelum ini, beberapa bulan lalu, dalam seminar PAS, beliau berkata persepsi adalah satu maklumat.(Gambar – Abu Hassan ketika membentangkan kertas kerja dalam Konvensyen Blogger anjuran PAS)


Dalam seminar tersebut juga, Abu Hassan berkata, sesiapa yang menolak persepsi adalah primitif.

Dalam forum semalam pula, Abu Hassan memanggil media tradisional seperti media cetak (akhbar yang bercetak) sebagai media primitif.


Namun begitu, sebagaimana dipetik sebuah akhbar internet, Medeka Review, beliau berkata andaian mengatakan, media baru (internet) adalah negatif berbanding media primitif adalah ditolak sama sekali.

Katanya, andaian yang mengatakan media primitif lebih dipercayai juga tidak betul berdasarkan data daripada sekumpulan penyelidik di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Beliau juga begitu optimis terhadap zaman teknologi maklumat,  dan berpendapat, media baru bakal bangkit tanpa boleh dihalang oleh sesiapapun.

Abu Hassan Hasbullah juga berkongsi pengamatan dan pengalaman dirinya, dalam proses bagaimana media baru telah membawa perubahan dalam demokrasi.

Sehubungan itu, beliau berkata, media primitif telah hilang kredibiliti kerana laporan mereka tentang perbicaraan ‘sodomi’ Anwar Ibrahim.

Beliau membentangkan data yang menunjukkan, hasil satu kajian mendapati 73% kanak-kanak yang berusia antara 6 hingga 12 tahun berminat terhadap perbuatan sodomi kerana ingin tahu.

Sebagai warga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), beliau menceritakan bagaimana beliau ‘mengamuk’ baru-baru ini kerana dipaksa melanggan akhbar primitif , Berita Harian dan Utusan Malaysia untuk anak mereka, bagi mendapatkan akhbar Didik yang terselit dalamnya.

Dengan kata lain, beliau menjelaskan, segala liputan akhbar tersebut untuk isu liwat akan dibaca oleh anak-anaknya.

Justeru, beliau sedia bangkit untuk menentang keadaan ini, kerana untuk dirinya, demokrasi dan kebebasan bermaksud “participate” (penyertaan).