Semua Pengundi Dapat DiKesan

835

Muslimat PAS Terengganu dengan kerjasama jentera muslimat tempatan telah Berjaya mengenalpasti dan mengesan semua pengundi dalam daeraha mengundi (Unit Peti Undi – UPU) Padang Lumat dan Batu 16.

Ketua Muslimat PAS Kuala Terengganu, Zaitun Abas mengucapkan alhamduliLlah dan berterima kasih kepada semua tenaga muslimat yang bertugas, termasuk dari Kawasan-kawasan lain dari negeri Terengganu yang datang sebelum ini.

tmp_20131102_1017231939756716“AlhamduliLlah hari ini kita (muslimat Terengganu) dengan kerjasama tenaga muslimat tempatan telah berkaya mengesan semua pengundi yang tidak dikenali sebelum ini,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program ziarah rumah ke rumah pada Sabtu 2 November.

Selain itu, katanya, Muslimat turut mengadakan program ‘Demonstrasi Memasak Laksa Terengganu’ di UPU terbabit pada sebelah petangnya.

Beliau menaruh keyakinan, PAS dapat mengekalkan kemenangan di UPU Padang Lumat dan Batu 16 serta mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau, berdasarkan bancian yang dibuat oleh pihak muslimat.